RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 29 September 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a pilot wing presentation ceremony for four RBAirF officers at the Rajawali Hall, RBAirF Headquarters.

Present as the guest of honour, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF, presented the wing badges to the pilot graduates, witnessed by senior officers, officers and family members.

The recipients of the pilot wings were Lieutenant (U) Muhammad Dzulfadhli bin Bahrin, Lieutenant (U) Awang Muhammad Syarafur Rahman bin Awang Haji Ya’akub, Lieutenant (U) Abdul Qayum Ar’Rasyid bin Zaidi and  Lieutenant (U) Siti Nor Aqilah binti Haji Mohd Safri. All four RBAirF officers were commended for their achievement in finishing a rigorous 11-month training program covering Basic and Intermediate Flying Training with the CT-4E aircraft. Among them, two officers proceeded to excel in their Basic and Advanced Rotary Pilot Course (BARPC) over a span of four months, focusing on the Bell 206B Jet Ranger III. Simultaneously, two other officers completed a three-month Multi-Engine Pilot Course (MEPC) using the Piper Aerostar 600A. These courses were conducted at Air Combat Australia in New South Wales, Australia.

The ceremony commenced with the recitation of
Surah Al-Fatihah and proceeded with the presentation of the pilot wing to the recipients. To close the wing presentation ceremony, the recital of
Doa Kesyukuran was led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.

With the presentation of the pilot wing to the student pilots, it marks a significant milestone for them to begin their path towards becoming an operational pilot for the RBAirF. The pilots will now await to be posted from the Training Wing to the Operational Wing, where they will continue their conversion training before being able to fly for RBAirF operations.




MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA JURUTERBANG BAGI
EMPAT PEGAWAI TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 29 September 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melangsungkan majlis penyampaian lencana juruterbang kepada empat pegawai TUDB di Dewan Rajawali, Markas TUDB.

Tetamu Kehormat majlis, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB telah menyampaikan lencana juruterbang kepada graduan-graduan juruterbang yang disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan keluarga.

Penerima-penerima lencana juruterbang adalah Leftenan (U) Muhammad Dzulfadhli bin Bahrin, Leftenan (U) Awang Muhammad Syarafur Rahman bin Awang Haji Ya’akub, Leftenan (U) Abdul Qayum Ar’Rasyid bin Zaidi dan Leftenan (U) Siti Nor Aqilah binti Haji Mohd Safri. Kempat-empat pegawai TUDB telah diiktiraf atas pencapaian mereka dalam menamatkan program latihan yang mencabar selama 11 bulan yang merangkumi Basic and
Intermediate Flying Training Course dengan pesawat CT-4E. Daripada mereka, dua pegawai seterusnya mencapai kecemerlangan dalam
Basic and Advanced Rotary Pilot Course (BARPC) dalam tempoh empat bulan, berfokus pada pesawat
Bell 206B Jet Ranger III. Pada masa yang sama, dua pegawai lain menamatkan
Multi-Engine Pilot Course selama tiga bulan (MEPC) menggunakan pesawat
Piper Aerostar 600A. Kesemua kursus ini dijalankan di
Air Combat Australia di New South Wales, Australia.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian lencana juruterbang kepada penerima-penerima lencana juruterbang. Majlis ditutup dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dikepalai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.

Dengan penyampaian lencana juruterbang kepada pelatih-pelatih juruterbang tersebut, ia menandakan bermulanya perjalanan mereka untuk menjadi juruterbang yang beroperasi bagi TUDB. Penerima-penerima lencana seterusnya akan ditempatkan ke skuadron operasi dimana mereka akan menjalani latihan penerbangan conversion kepada pesawat operasi untuk melayakkan mereka menerbangkan pesawat Operasi TUDB dengan sepenuhnya.