AIR MOVEMENT CENTRE, Thursday, 20 August 2026 – Lieutenant (Udara) Muhammad Hariz bin Haji Ahat, a student pilot from 73 Squadron, No. 7 Wing, Training Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), has successfully completed the 12-week Multi-Engine Fixed-Wing Flight Training (MEFWFT) course. The advanced training was conducted at Air Combat Australia (ACA) in New South Wales, Australia, from 7 April to 8 July 2026.

The MEFWFT is an advanced flying programme designed to equip student pilots with the vital knowledge, skills, and competencies required for Multi-Engine Fixed-Wing operations. Delivered through a combination of comprehensive ground instruction and practical flight training, the curriculum covers aircraft systems, emergency procedures, asymmetric (Single-Engine) flying, and other essential competencies to ensure safe, effective, and professional mission execution.

The successful completion of this course marks a significant milestone in the officer’s professional development, underscoring the RBAirF’s enduring commitment to investing in highly skilled aircrew. This strategic training directly enhances the RBAirF’s human capital and operational readiness in safeguarding the sovereignty and security of Brunei Darussalam.

MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA JURUTERBANG BAGI PELATIH JURUTERBANG SKUADRON 73, CAWANGAN NO. 7, KUMPULAN LATIHAN

PUSAT PERGERAKAN UDARA, Khamis, 20 Ogos 2026 – Leftenan (Udara) Muhammad Hariz bin Haji Ahat, Pelatih Juruterbang daripada Skuadron 73, Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah berjaya menamatkan kursus Multi-Engine Fixed-Wing Flight Training (MEFWFT) selama 12 minggu. Latihan lanjutan tersebut telah dijalankan di Air Combat Australia (ACA), New South Wales, Australia, bermula dari 7 April hingga 8 Julai 2026.

MEFWFT merupakan program penerbangan lanjutan yang direka khusus bagi melengkapi Pelatih Juruterbang dengan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan penting yang diperlukan bagi operasi pesawat Multi-Engine Fixed-Wing. Disampaikan melalui gabungan pendekatan teori yang komprehensif serta latihan penerbangan praktikal, kurikulum kursus ini merangkumi sistem pesawat, prosedur kecemasan, penerbangan asimetri (Single-Engine), dan kecekapan penerbangan penting yang lain bagi memastikan pelaksanaan misi yang selamat, berkesan, dan profesional.

Kejayaan menamatkan kursus ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan profesional Pegawai tersebut, sekali gus memperkukuh komitmen berterusan TUDB dalam melabur untuk melahirkan juruterbang yang berkemahiran tinggi. Latihan strategik ini meningkatkan secara langsung modal insan dan kesiapsiagaan operasi TUDB dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan Negara Brunei Darussalam.