BOLKIAH GARISSON, Friday, 16 February 2024 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 22 senior officers of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) have been promoted today in a promotion ceremony that took place at Bolkiah Garrison Officers’ Mess.
Present to award the insignias was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.
Also present at the promotion ceremony were Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Acting Service Commander, Acting Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretary, Senior Officers, Officers of Ministry of Defence and RBAF as well as families of promoted officers.
08 Royal Brunei Air Force (RBAirF) Senior Officers were among those who received their insignias. Lieutenant Colonel (U) Razanol Hardi bin Abdul Razak, Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohd Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Lieutenant Colonel (U) Mohd Khairul bin Pehin Datu Indera Setia Dato Paduka Seri Haji Sulaiman, Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Lieutenant Colonel (U) Mohamad Anwar Shah bin Haji Napiah, and Lieutenant Colonel (U) Nooryasdie bin Yahya, was promoted from Acting Lieutenant Colonel to Substantive Lieutenant Colonel, while Major (U) Mohd Fazley bin Hasabullah and Major (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman were promoted to Acting Lieutenant Colonel.
The RBAirF would like to congratulate all the Senior Officers who were promoted today and would like to convey our appreciation and thanks to the family members for their endless support of all RBAirF personnel.





MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 08 PEGAWAI-PEGAWAI KANAN TUDB
BOLKIAH GARISSON, Juma’at, 16 Februari 2024 – Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 22 orang Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat hari ini di dalam Upacara Kenaikan Pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Hadir bagi menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat ini ialah MejarJeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir bagi majlis kenaikan pangkat ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta keluarga pegawai yang diraikan.
08 orang Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) adalah dikalangan Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat pada majlis tersebut. Leftenan Kolonel (U) Razanol Hardi bin Abdul Razak, Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohd Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Leftenan Kolonel (U) Mohd Khairul bin Pehin Datu Indera Setia Dato Paduka Seri Haji Sulaiman, Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Leftenan Kolonel (U) Mohamad Anwar Shah bin Haji Napiah, dan Leftenan Kolonel (U) Nooryasdie bin Yahya, telah dinaikkan dari Pemangku Leftenan Kolonel ke Leftenan Kolonel Tetap, manakala Mejar (U) Mohd Fazley bin Hasabullah dan Mejar (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman dinaikkan kepada Pemangku Leftenan Kolonel.
Pihak TUDB merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat pada hari ini. TUDB juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga anggota di atas sokongan yang telah diberikan kepada anggota-anggota TUDB.


