RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 14 March 2025
– A promotion ceremony for personnel of the Training Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), was held at Dewan Punai, Rimba Air Force Base. The ceremony was officiated by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Commandant of the Training Group, who conferred the rank upon one personnel promoted to Senior Non-Commissioned Officer (SNCO). Meanwhile, Major (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, Commanding Officer of No. 7 Wing, presented promotions to three personnel of Junior Non-Commissioned Officer (JNCO).
In his remarks, the guest of honour congratulated the promoted personnel on their dedication, discipline, and commitment to service. He underscored that rank promotion is not only a recognition of performance but also a greater responsibility in leading and mentoring subordinates. The ceremony reflected the RBAirF’s continuous efforts to cultivate leadership qualities and professionalism within its personnel.
RBAirF would like to congratulate all personnel who were promoted during this ceremony.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KUMPULAN LATIHAN, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 14 Mac 2025 – Majlis kenaikan pangkat bagi anggota Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis disempurnakan oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Komandan Kumpulan Latihan, yang menyampaikan pangkat kepada seorang anggota yang dinaikkan ke Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan). Manakala Mejar (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, Pemerintah Cawangan No. 7, menyempurnakan kenaikan pangkat bagi tiga anggota Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah).
Dalam ucapannya, tetamu kehormat merakamkan ucapan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat atas komitmen, disiplin, dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Beliau menegaskan bahawa kenaikan pangkat bukan sekadar penghargaan terhadap prestasi, tetapi juga amanah dalam membimbing serta memimpin anggota bawahan. Majlis ini mencerminkan usaha berterusan TUDB dalam melahirkan kepimpinan dan profesionalisme dalam kalangan anggotanya.
TUDB ingin merakamkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang telah dinaikkan pangkat pada majlis ini.
