RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 7 August 2026 – No.2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Promotion Ceremony for its Senior and Junior Non-Commissioned Officers at Dewan Punai, Rimba Air Force Base

A total of 37 personnel were promoted during the ceremony. The ceremony was officiated by the Guest of Honour, Major (Udara) Pg Mohd Ajijol Nijam bin Pg Haji Omar, Acting Commanding Officer, who presented the rank insignia to the promoted personnel. Also in attendance were family members of the promoted personnel, whose presence added significance to the occasion as they joined in celebrating this important milestone in their careers .

The promotion reflects the RBAirF’s recognition of the personnel’s dedication, professionalism and commitment in carrying out their respective duties. It also marks their readiness to assume greater responsibilities and leadership roles, while continuing to uphold the RBAirF core values.

MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT BAGI ANGGOTA PTB KANAN DAN PTB RENDAH CAWANGAN NO.2, KUMPULAN GERAKAN TUDB BAGI TAHUN 2026

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 7 Ogos 2026 – Cawangan No.2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat bagi Anggota PTB Kanan dan PTB Rendah bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Seramai 37 anggota telah menerima kenaikan pangkat dalam majlis tersebut. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar (Udara) Pg Mohd Ajijol Nijam bin Pg Haji Omar, Pemangku Pegawai Pemerintah, yang seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat. Turut hadir ialah ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat, yang bersama-sama menyaksikan dan meraikan detik penuh bermakna sebagai satu pencapaian penting dalam kerjaya mereka.

Kenaikan pangkat tersebut mencerminkan pengiktirafan TUDB terhadap dedikasi, profesionalisme dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh anggota dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kenaikan pangkat ini juga melambangkan kesediaan mereka untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar serta memainkan peranan kepimpinan yang lebih berkesan, di samping berpegang teguh kepada nilai-nilai teras TUDB dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.