RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 27 July 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Headquarters today held a Promotion Ceremony for 15 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs), consisting of 05 personnel promoted to Acting Staff Sergeant, 01 personnel promoted to Acting Sergeant, 03 personnel promoted to Acting Corporal and 06 personnel promoted to Acting Lance Corporal. The ceremony was held at the Rajawali Lounge, RBAirF Headquarters.

Present as the Guest of Honor was Colonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohamad Noeh, Chief of Staff, RBAirF whom also presented the rank insignias to the promoted personnel. Also present during the ceremony were RBAirF Headquarters Officers, Air Force Sergeant Major, Wing Sergeant Major and Senior SNCOs. The ceremony concluded with a recitation of Doa Kesyukuran by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.

The promotion is in recognition of the personnel’s contributions to the RBAirF and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general. Their merits and upholding of the core values, discipline and performance are also taken into account. The RBAirF would also like to congratulate all the personnel who were promoted during this ceremony.



MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH MARKAS TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 27 Julai 2023 - Markas Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 15 orang anggota Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) Markas TUDB yang terdiri dari 05 orang anggota dinaikkan ke Pemangku Staf Sarjan, seorang dinaikkan ke Pemangku Sarjan, 03 orang anggota dinaikkan ke Pemangku Koperal dan 06 orang anggota dinaikkan ke Pemangku Lans Koperal. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Ruang Legar Rajawali, Markas TUDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Mohammad Albadii Shahnoel bin Haji Mohamad Noeh, Ketua Staf TUDB yang telah menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang dinaikkan pangkat.  Turut hadir bagi menyaksikan upacara tersebut adalah Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Tentera Udara, Sarjan Mejar Markas dan PTB-PTB Kanan Markas TUDB. Majlis Kenaikan Pangkat diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.

Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan ABDB. Jasa dan penegakkan nilai-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang dipertimbangkan. Pihak Tentera Udara Diraja Brunei juga merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada semua PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang dinaikkan pangkat pada hari ini.​