RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 01 November 2023 - A Promotion Ceremony for 15 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) from Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) was held at No. 4 Wing Lobby, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Among those promoted were nine Acting Staff Sergeant and six Acting Sergeant from No. 4 Wing, No. 5 Wing, and No. 6 Wing, RBAirF, respectively.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, the Commander Support Group, RBAirF. Also present at the ceremony were the Commanding Officers and SNCOs from Support Group, RBAirF.

The promotion is in recognition of the personnel’s contributions to the RBAirF and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general. Their merits and uploading of the core values, discipline, and performance are also taken into account. The RBAirF would like to congratulate all the personnel who were promoted during this ceremony.




MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN KUMPULAN BANTU TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 01 November 2023 – Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Mailis Penyampaian Pangkat bagi 15 orang anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan yang terdiri daripada sembilan orang Pemangku Staf Sarjan dan enam orang Pemangku Sarjan dari Cawangan No. 4, Cawangan No. 5 dan Cawangan No. 6, TUDB. Majlis tersebut dilaksanakan di ruang legar Cawangan No. 4, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu, TUDB. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah dari Pegawai-pegawai Pemerintah dan PTB-PTB Kanan dari Kumpulan Bantu, TUDB.

Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Jasa dan penegakkan nilai-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang dipertimbangkan. Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua PTB-PTB Kanan yang telah dinaikkan pangkat.