RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 03 July 2023 – A promotion ceremony for 03 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) from Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) was held at 54 Squadron Administration Room Hangar B, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Among those promoted were 01 Acting Staff Sergeant from No. 4 Wing and 02 Acting Staff Sergeants from No. 5 Wing, RBAirF.

Present as Guest Of Honour was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, the Commander Support Group, RBAirF. Also present during the ceremony were Commanding Officers, SNCOs from the Support Group, RBAirF. The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.

The promotion is in recognition of the personnel’s contributions to the RBAirF and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general. Their merits and upholding of the core values, discipline and performance are also taken into account. The RBAirF would like to congratulate all JNCOs who were promoted.


MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT BAGI ANGGOTA PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN, KUMPULAN BANTU, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 03 Julai 2023 – Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Mailis Penyampaian Pangkat bagi 03 orang anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan yang terdiri daripada seorang Pemangku Staff Sarjan Cawangan No. 4 dan dua orang Pemangku Staff Sarjan dari Cawangan No. 5, TUDB. Majlis tersebut dilaksanakan di Bilik Pentadbiran Skuadron 54, Hangar B, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu, TUDB yang turut menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang telah dinaikkan pangkat. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah dari Pegawai-pegawai Pemerintah dan PTB-PTB Kanan dari Kumpulan Bantu, TUDB. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.

Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (TUDB). Jasa dan penegakkan nilai-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang dipertimbangkan. Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua PTB-PTB Kanan yang telah dinaikkan pangkat.