RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 02 October 2026 – The Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), celebrated the professional advancement of 16 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) during a promotion ceremony held at the No. 4 Wing Lobby, Rimba Air Force Base.

In keeping with tradition, the auspicious ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, invoking blessings for the personnel’s onward journey. The proceedings culminated in the presentation of rank insignias, officiated by Colonel (Udara) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh, Commander Support Group. Among the promoted cohort, 10 Sergeants were elevated to the rank of Staff Sergeant, while six (6) Corporals advanced to the rank of Sergeant.

The momentous occasion was witnessed by Support Group Wing Commanders, Wing Sergeant Majors, and fellow SNCOs, underscoring the deep esprit de corps within the Support Group. The ceremony drew to a successful conclusion with a commemorative group photograph, capturing a significant milestone in the career progression of the promoted personnel.

The RBAirF extends its heartiest congratulations to all newly promoted personnel and expresses profound gratitude to their families for their enduring support. This well-deserved recognition stands as a testament to their dedicated service, unwavering professionalism, and invaluable contributions toward reinforcing operational readiness, securing mission success, and driving organizational excellence within the Air Force.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB KANAN KUMPULAN BANTU

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 02 Oktober 2026 – Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 16 Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bertempat di Lobi Cawangan No. 4, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Bagi memberkati majlis, acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, disusuli dengan penyampaian lencana pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis, Kolonel (Udara) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh, Pemerintah Kumpulan Bantu. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 10 anggota berpangkat Sarjan telah dinaikkan ke pangkat Sarjan Staf, manakala enam (6) anggota berpangkat Koperal dinaikkan ke pangkat Sarjan.

Turut hadir menyaksikan majlis ialah Pemerintah-Pemerintah Cawangan Kumpulan Bantu, Sarjan Mejar Cawangan, serta PTB Kanan, sekali gus mempamerkan semangat setiakawan (esprit de corps) Kumpulan Bantu yang erat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bagi mengabadikan acara yang penting dalam kerjaya tentera mereka.

Pihak TUDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat, serta kepada ahli keluarga mereka atas sokongan padu yang berterusan. Pengiktirafan ini merupakan bukti nyata atas khidmat bakti, profesionalisme yang tinggi, serta sumbangan amat berharga mereka dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, memastikan kejayaan misi udara, dan memacu kecemerlangan organisasi.