
BERAKAS, Wednesday, 24 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted a Gala Night in conjunction with its 60th Anniversary at an event hall in Berakas, bringing together officers, personnel, and their spouses to celebrate six decades of professionalism, service, and unwavering commitment to the nation.
Attending as Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the Royal Brunei Armed Forces, and his spouse, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim. Also present were Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, and his spouse, Hajah Rosnah binti Haji Matamit. The celebration was also attended by special guests, former Commanders, retired Senior Officers and Officers, as well as personnel of the RBAirF, emphasising the enduring bonds and shared legacy that have shaped the growth and development of the Air Force over the years.
The evening commenced with a group photo session, followed by the recitation of Doa Kesyukuran and an address by the Commander of the RBAirF. In his speech, the Commander expressed his profound appreciation to all serving and former members of the RBAirF for their dedication and invaluable contributions to strengthening the Air Force throughout its 60-year journey.
The event continued with a dinner accompanied by musical performances presented by RBAirF personnel and concluded with the signing of the commemorative parchment by the Commander of the RBAirF.
As part of the RBAirF’s Diamond Jubilee celebrations, the Gala Night honours the sacrifices and achievements of past and present generations, reflecting the enduring legacy and shared pride that continue to define the RBAirF after six decades of service to the nation.








MAJLIS MALAM GALA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDB KE-60
BERAKAS, Rabu, 24 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Malam Gala sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 di sebuah dewan acara di Berakas, yang menghimpunkan para Pegawai, anggota, serta pasangan masing-masing bagi meraikan enam dekad profesionalisme, perkhidmatan, dan komitmen kepada negara.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan isteri, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, dan isteri, Hajah Rosnah binti Haji Matamit. Sambutan ini turut dihadiri oleh Tetamu-tetamu Khas, Mantan-mantan Pemerintah, Pegawai-pegawai dan Pegawai-pegawai Kanan yang telah bersara, dan anggota TUDB, yang sekali gus memperkukuh ikatan erat dan warisan bersama yang telah membentuk pertumbuhan serta perkembangan TUDB sepanjang enam dekad.
Acara tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran dan ucapan daripada Pemerintah TUDB. Dalam ucapannya, Pemerintah TUDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota TUDB yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara atas dedikasi dan sumbangan amat bernilai mereka dalam memperkukuh TUDB sepanjang tempoh 60 tahun penubuhannya.
Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam yang diiringi oleh persembahan muzik daripada anggota TUDB dan diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan oleh Pemerintah TUDB.
Sebagai sebahagian daripada sambutan Jubli Intan TUDB, Majlis Malam Gala ini memberi penghormatan kepada pengorbanan dan pencapaian generasi terdahulu dan sekarang, yang mencerminkan warisan berkekalan serta kebanggaan bersama yang terus mencorakkan TUDB selepas enam dekad berbakti kepada negara.



