RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 02 October 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Republic of Singapore Air Force (RSAF) have successfully concluded the inaugural Exercise SKYGUARD, marking a progressive milestone in bilateral Unmanned Aerial System (UAS) cooperation under the newly established Exercise VANGUARD framework.
Conducted from 29 September to 02 October 2026, the exercise brought together personnel from No. 39 Squadron, RBAirF, and Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Command, RSAF, for the first dedicated bilateral engagement focused exclusively on Unmanned Aviation Capabilities.
The comprehensive program featured a Subject Matter Expert Exchange (SMEE) and a Tabletop Exercise (TTX), culminating in a detailed After Action Review (AAR). The SMEE facilitated the transfer of strategic insights and best practices regarding UAV crew currency, UAS operational deployment in complex environments, and the safe airspace integration of manned and unmanned platforms. Building upon these discussions, combined teams from both Air Forces executed the TTX, planning and coordinating a joint response to a simulated Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) scenario.
The strategic outcomes of Exercise SKYGUARD were subsequently presented to Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, and Major General Kelvin Fan Sui Siong, Chief of the RSAF, during their joint site visit to the Bukit Agok Field Firing Area on 02 October 2026.
As the first dedicated UAS platform under the VANGUARD framework, Exercise SKYGUARD establishes a robust foundation for deeper technical collaboration, enhanced knowledge sharing, and the progressive development of bilateral interoperability. This inaugural engagement underscores both Air Forces’ commitment to adapting to an evolving security landscape through practical cooperation, paving the way for highly integrated and forward-looking future operations.


TUDB DAN TURS AKHIRI EKSESAIS SKYGUARD SULUNG, MEMPERTINGKATKAN KERJASAMA UAS
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 02 Oktober 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah berjaya menamatkan Eksesais SKYGUARD yang julung kali diadakan, sekali gus menandakan satu pencapaian progresif dalam kerjasama dua hala Unmanned Aerial System (UAS) di bawah kerangka kerja Eksesais VANGUARD yang baharu ditubuhkan.
Dikendalikan bermula dari 29 September hingga 02 Oktober 2026, eksesais tersebut telah menghimpunkan anggota daripada Skuadron No. 39, TUDB, dan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Command, TURS, bagi penglibatan dua hala khusus yang pertama kali menumpukan sepenuhnya kepada keupayaan operasi UAS antara kedua-dua Tentera Udara.
Program komprehensif berkenaan merangkumi Pertukaran Kepakaran (Subject Matter Expert Exchanges (SMEE)) dan Tabletop Exercise (TTX), sebelum diakhiri dengan After Action Review (AAR) yang terperinci. Sesi SMEE tersebut mempermudah perkongsian pandangan strategik serta amalan terbaik mengenai kemahiran (currency) kru UAV, atur gerak operasi UAS dalam persekitaran yang kompleks, dan penyepaduan ruang udara yang selamat antara platform yang berpemandu dan tanpa pemandu. Berasaskan perbincangan tersebut, pasukan gabungan daripada kedua-dua Tentera Udara telah melaksanakan TTX bagi merancang serta menyelaraskan tindak balas bersama terhadap senario simulasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam.
Hasil strategik daripada Eksesais SKYGUARD tersebut seterusnya dibentangkan kepada Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, dan Mejar Jeneral Kelvin Fan Sui Siong, Panglima TURS, semasa lawatan ke Kawasan Padang Tembak Bukit Agok pada 02 Oktober 2026.
Sebagai platform khas UAS yang pertama di bawah kerangka kerja VANGUARD, Eksesais SKYGUARD membina asas yang kukuh bagi kerjasama teknikal yang lebih mendalam, peningkatan perkongsian pengetahuan, serta pembangunan kebolehoperasian (interoperability) dua hala yang progresif. Penglibatan sulung ini menekankan komitmen kedua-dua Tentera Udara untuk menyesuaikan diri dengan landskap keselamatan yang sentiasa berubah melalui kerjasama praktikal, sekali gus membuka jalan bagi penglibatan UAS yang lebih bersepadu dan berpandangan jauh pada masa hadapan.

