PENANJONG GARRISON, Tuesday, 30 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Republic of Singapore Air Force (RSAF) successfully concluded a bilateral Air-to-Ground Combined Training at the Field Firing Area, Penanjong Garrison, today.

The training involved personnel from 11 Squadron, No. 1 Wing, Operations Group, RBAirF and the Brunei Helicopter Detachment (BHD), RSAF. One RBAirF S-70i Blackhawk and one RSAF H225M helicopter were utilized, with both aircraft equipped with General Purpose Machine Guns (GPMG).

Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohd Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, Commander Operations Group, observed the live-firing exercise.

The initiative aimed to improve operational interoperability, marksmanship, and share best practices. The event concluded with a commemorative photo session, lunch, and the exchange of mementos, further cementing the longstanding defence ties and mutual trust between the two armed forces.

TUDB DAN TURS MELAKSANAKAN LATIHAN BERSAMA AIR-TO-GROUND FIRING

PENANJONG GARISON, Selasa, 30 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah berjaya melaksanakan Latihan Gabungan Air-to-Ground dua hala di Kawasan Lapang Sasar, Penanjong Garison, hari ini.

Latihan tersebut melibatkan anggota daripada Skuadron 11, Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan, TUDB dan Brunei Helicopter Detachment (BHD), TURS. Sebuah helikopter S-70i Blackhawk TUDB dan sebuah helikopter H225M TURS telah digunakan, dengan kedua-dua pesawat dilengkapi dengan General Purpose Machine Guns (GPMG).

Turut hadir menyaksikan latihan penembakan peluru hidup tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohd Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, Pemerintah Kumpulan Gerakan, yang kemudiannya beramah mesra bersama anggota-anggota yang terlibat.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehoperasian (interoperability), kecekapan menembak, serta perkongsian amalan terbaik. Sesi latihan diakhiri dengan acara bergambar ramai, majlis makan tengah hari, dan penyampaian cenderamata kenangan, yang sekaligus mengukuhkan lagi hubungan pertahanan yang lama terjalin serta kepercayaan bersama antara kedua-dua angkatan tentera.