Clark Air Base, Thursday, 28 November 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Philippine Air Force (PAF) further strengthened their ties through a recent Subject Matter Expert Exchange (SMEE) hosted by PAF at Clark Air Base in Pampanga, Republic of the Philippines. The four-day programme served as a valuable platform for sharing experiences and discussing best practices in Search and Rescue (SAR) and Humanitarian Aid Disaster Response (HADR) operations.

The exchange covered a broad range of HADR-related topics, including mountain operations, overwater SAR, and firefighting operations. Participants from the 505th SAR Group, PAF, and representatives from the RBAirF, comprising aircrew and a Jungle Rescue Team (JRT) member, engaged in productive discussions that highlighted both differences and similarities in their operational approaches. These exchanges provided fresh perspectives and ideas that proved mutually beneficial, while also creating opportunities for potential joint training and enhanced interoperability between the two air forces.

The event also featured static display organised by PAF, showcasing essential life-preserving equipment and critical hardware used in SAR missions. The exchange concluded on a high note with a capability demonstration by the 505th SAR Group, showcasing its exceptional skill and professionalism in executing mountain operations and overwater rescue scenarios.

As close neighbours and regional partners, the RBAirF and PAF remain committed to fostering mutual trust and friendship, while continuing to strengthen regional security and enhance collaborative efforts in the air and beyond.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI

SUBJECT MATTER EXPERT EXCHANGE


(SMEE)
DI PAMPANGA, REPUBLIK FILIPINA

Pangkalan Udara Clark, Khamis, 28 November 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Filipina (PAF) terus memperkukuhkan hubungan melalui Program Pertukaran Pakar Subjek (SMEE) yang dianjurkan oleh PAF di Pangkalan Udara Clark, Pampanga, Republik Filipina. Program selama empat hari ini berfungsi sebagai platform berharga untuk berkongsi pengalaman dan membincangkan amalan terbaik dalam bidang operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) serta Respons Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

Pertukaran ini merangkumi pelbagai topik berkaitan operasi HADR, termasuk operasi di kawasan pergunungan, SAR di kawasan air, dan operasi pemadaman kebakaran. Para peserta dari Kumpulan SAR 505, PAF, serta wakil TUDB yang terdiri daripada kru pesawat dan anggota daripada Pasukan Penyelamat Hutan (JRT), terlibat dalam perbincangan yang produktif, menonjolkan perbezaan dan persamaan dalam pendekatan operasi mereka. Pertukaran ini memberikan perspektif dan idea baharu yang bermanfaat untuk kedua-dua pihak, selain membuka peluang untuk latihan bersama dan meningkatkan interoperabiliti antara kedua-dua angkatan udara.

Acara ini turut menampilkan pameran statik yang dianjurkan oleh PAF, mempamerkan peralatan penyelamat nyawa dan perkakasan penting yang digunakan dalam misi SAR. Pertukaran ini ditutup dengan demonstrasi keupayaan oleh Kumpulan SAR 505, yang mempamerkan kemahiran dan profesionalisme mereka dalam melaksanakan operasi di kawasan pergunungan serta senario penyelamatan di kawasan air.

Sebagai jiran yang rapat dan rakan serantau, TUDB dan PAF kekal komited untuk memupuk kepercayaan dan persahabatan bersama, sambil terus memperkukuhkan keselamatan serantau dan meningkatkan usaha kolaborasi di udara dan dalam bidang-bidang yang lain.