
RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 21 February 2023 – In conjunction with the Isra’ and Mi’raj 1444 Hijrah celebration, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a special religious talk at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). This year’s Isra’ Mi’raj celebration theme is “Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Redha Allah.”
Present at the event was Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Acting Deputy Commander of RBAirF. In attendance were RBAirF’s Board of Executives, Senior Officers, Officers, and Airmen.
The event began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by Ustaz Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF’s Religious Teacher. The event continued with the recitation of Surah Al-Isra’ verses 13 – 19 performed by Private (U) Iqbal Hibatullah @ Hilal bin Mohd Rushidi. The event was then followed by a religious talk delivered by Imam Abdul Raqib bin Haji Awang, the guest speaker from Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Mosque, Sengkarai and a presentation of mementos as a token of appreciation to the guest speaker. The event concluded with Asar Prayer, Doa Peliharakan Sultan and Selawat Qiam.

TUDB MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ 1444H
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 21 Februari 2023 – Sempena Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj 1444 Hijrah, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan satu ceramah khas di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Tema sambutan Isra’ dan Mi’raj pada tahun ini ialah “Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Redha Allah”.
Hadir ke majlis tersebut ialah Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemangku Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Isra’ ayat 13 – 19 yang dibacakan oleh Soldadu (U) Iqbal Hibatullah @ Hilal bin Mohd Rushidi. Majlis diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Imam Abdul Raqib bin Haji Awang, penceramah undangan dari Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai dan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Asar berjemaah, Doa Peliharakan Sultan dan Selawat Qiam.

