​Rimba Air Force Base, Friday, 04 March 2022 – In conjunction with the Isra’ Mikraj 1443H, RBAirF held celebration at Surau Al-Barakah, Rimba AFB. The theme for this year is Sembahyang ku kerana Allah (My Prayer is for Allah).

Present at the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also in attendance were Colonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif, Director of Intelligence, along with RBAirF’s Board of Executives, Senior Officers, Officers and Airmen.

The event commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Al-An’am verses 158 – 165 by Pvt (U) Hadi Syazwan bin Sukardi, followed by a religious talk delivered by guest speaker, Imam Pg Hj Md Hafizzuddin bin Pg Hj Bakar from the Department of Mosque Affairs. The event then continued with the Asar prayer, recitation of hadith Selawat 80 and concluded with the recitation of various prayers such as Doa Al-Asr, Tasbih Kaffarah, Doa Kedua Ibu Bapa, Doa Menyambut Ramadhan and Doa Memohon Kebaikan Dunia dan Akhirat by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin Bin Pengiran Hj Zainuddin, Religious teacher and Imam Yazid bin Haji Johari, Imam of Surau Al-Barakah.

The event was conducted in accordance to the COVID-19 preventive measures and guidelines such as scanning Bru-Health QR code, wearing face masks at all times and practicing physical distancing throughout the event.



TUDB MERAIKAN SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 04 Mac 2022 – Sempena Isra’ Mikraj 1443H, TUDB ikut serta meraikan sambutan tersebut di Surau Al-Barakah, PTU Rimba dengan tema sambutan “Sembahyang Ku kerana Allah”.

Hadir pada acara tersebut adalah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.  Turut hadir adalah Kolonel (U) Haji Mohd Muluddin bin Awang Haji Latif, Pengarah Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan, Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Al-An’am ayat 158 – 165 yang dipimpin oleh Sld (U) Hadi Syazwan bin Sukardi, diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Imam Pg Hj Md Hafizzuddin bin Pg Hj Bakar. Majlis diteruskan dengan menunaikan Solat Fardhu Asar berjemaah, bacaan Hadith Selawat 80, Tasbih Kafarah, dan diakhiri dengan bacaan beberapa Doa Khusus seperti Doa Kedua Ibu Bapa, Doa Menyambut Ramadhan, Doa Mohon Kebaikan Dunia dan Akhirat oleh Ustaz Pengiran Fakrul Syakirin Bin Pg Hj Zainuddin, Guru Ugama TUDB dan Imam Yazid bin Haji Johari, Imam Surau Al-Barakah.

Majlis tersebut telah diungkayahkan sepenuhnya berpandukan garispandu dari Kementerian Kesihatan yang ditetapkan seperti mengimbas kod Bru-Health, memakai sungkup muka dan mempraktikan penjarakkan fizikal.