​​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 09 February 2024 – In conjunction with Isra’ and Mi’raj 1445 Hijrah celebration, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a special religious talk at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). This year’s Isra’ Mi’raj celebration theme is “Sembahyang Tiang Agama.”

Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. Also in attendance were the RBAirF’s Board of Executives, Senior Officers, Officers, RBAirF Sergeant Major and personnel from the RBAirF.

The event began with Subuh Prayer, followed by recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah and Surah Al-Isra’ verses 1-7 led by Ustaz Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher. The event continued with the special talk delivered by Ustaz Awang Hilman bin Haji Salim, guest speaker from Religious Teachers University College of Seri Begawan (KUPU SB). The event concluded with a presentation of memento to the guest speaker, Dhuha Prayer, recitation of doa,
Selawat Qiam and a group photo.


MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ 1445H PERINGKAT TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 09 Februari 2024 – Sempena Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj 1445 Hijrah, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan ceramah khas di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Tema sambutan Isra’ dan Mi’raj pada tahun ini ialah “Sembahyang Tiang Agama”.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.  Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar TUDB dan anggota-anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh dan diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Al-Isra’ ayat 1-7 yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Majlis diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Awang Hilman bin Haji Salim, penceramah undangan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan, Sembahyang Sunat Dhuha, bacaan doa, Selawat Qiam dan bergambar ramai.