RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 09 September 2026 – The Communication and Information Systems (CIS) Workshop 2026 was successfully conducted from 08 to 09 September 2026 as part of ongoing efforts to enhance CIS capabilities and operational readiness in preparation for Exercise Hikmat Bersatu VII (HB7). The workshop was conducted at the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Defence Information Technology Unit (DITU).
The workshop commenced with opening remarks by Major (U) Noraqidah binti Efinddi, Staff Officer Grade 2, A6 Cell, RBAirF Headquarters . In her remarks, she highlighted the importance of CIS literacy as a critical operational enabler and emphasised its vital role in ensuring effective and seamless Command and Control.
A total of 16 participants took part in a series of practical sessions designed to enhance their proficiency in the employment and management of communication equipment, information systems, network connectivity and information technology platforms.
The workshop further enhanced the participants’ confidence, knowledge and technical competency in the effective management and employment of communication and information systems, contributing to improved CIS readiness, interoperability and operational effectiveness in support of Exercise Hikmat Bersatu VII.


BENGKEL PSTM TUDB 2026 MEMPERTINGKATKAN KESIAPSIAGAAN OPERASI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 09 September 2026 – Bengkel Perhubungan Sistem dan Teknologi Maklumat (PSTM) 2026 telah berjaya dilaksanakan dari 08 hingga 09 September 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan keupayaan PSTM serta kesiapsiagaan operasi dalam persediaan bagi menghadapi Eksesais Hikmat Bersatu VII (HB7). Bengkel tersebut telah dilaksanakan di Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Unit Teknologi Maklumat Pertahanan (UTMP).
Bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Mejar (U) Noraqidah binti Efinddi, Timbalan Pegawai Turus, Sel A6, Markas TUDB. Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan kepentingan literasi PSTM sebagai pemangkin operasi yang kritikal serta memainkan peranannya dalam memastikan pelaksanaan Perintah dan Kawalan yang lancar dan berkesan.
Seramai 16 orang peserta telah menyertai beberapa sesi praktikal yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam penggunaan dan pengurusan peralatan komunikasi, sistem maklumat, sambungan rangkaian serta platform teknologi maklumat.
Bengkel tersebut turut meningkatkan keyakinan, pengetahuan dan kecekapan teknikal para peserta dalam mengendalikan serta mengurus sistem komunikasi dan maklumat. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kesiapsiagaan PSTM, kebolehoperasian bersama serta keberkesanan operasi dalam menyokong pelaksanaan Eksesais Hikmat Bersatu VII.

