RIMBA AIR FORCE BASE,
Thursday, 20 February 2025 – Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Commander of RBAirF had a session with newly commissioned Royal Brunei Air Force (RBAirF) Officers from Officer Cadet School Intake 23.
The newly commissioned officers had the opportunity to have an open dialogue with the Commander RBAirF as he highlighted the importance of integrity, responsibility, and professionalism towards their future roles and responsibilities. The Commander also stressed on the significance of discipline, adherence to military principles, and maintaining high standards of conduct, urging officers to fulfill their duties with sincerity and dedication.
Colonel (U) Haji Haszahaidi also reminded officers to appreciate their opportunities and always strive for excellence. The session inspired and reinforced the values of duty, discipline, and gratitude among the RBAirF personnel, motivating them to uphold their responsibilities and contribute to the Royal Brunei Air Force’s success.


SESI KEPIMPINAN PEMERINTAH TUDB BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI BARU DARI PENGAMBILAN KE-23
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Khamis, 20 Februari 2025 – Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan sesi perkongsian bersama pegawai-pegawai TUDB yang baru ditauliahkan dari Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan ke-23.
Dalam sesi tersebut, Pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan berpeluang untuk berdialog secara terbuka dengan Pemerintah TUDB, di mana beliau menekankan kepentingan integriti, tanggungjawab, dan profesionalisme dalam melaksanakan peranan serta tugas mereka pada masa hadapan. Beliau turut menegaskan kepentingan disiplin, pematuhan kepada prinsip ketenteraan, dan mengekalkan standard tingkah laku yang tinggi, serta menyeru para pegawai agar melaksanakan tugas mereka dengan keikhlasan dan dedikasi.
Kolonel (U) Haji Haszahaidi turut mengingatkan pegawai-pegawai untuk menghargai peluang yang diberikan dan sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan. Sesi ini telah memberikan inspirasi serta memperkukuhkan nilai-nilai tanggungjawab, disiplin, dan kesyukuran dalam kalangan warga TUDB, sekaligus mendorong mereka untuk menunaikan amanah dengan penuh komitmen dan menyumbang kepada kejayaan Tentera Udara Diraja Brunei.