​Rimba Air Force Base, Monday, 16 August 2021
– Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF received a video teleconference with Air Marshal Mel Hupfeld, the Chief of Royal Australian Air Force. Also present was RBAirF Acting Chief of Staff.

During the call, both Air Chiefs shared COVID-19 situation and vaccination programmes experienced by each country as well as measures adopted by each Air Forces to mitigate further mass spreading. Cooperation and opportunities to further enhance and strengthen the relations of both Air Forces were also discussed despite the current pandemic situation.

In addition, exchange of views on improving towards practical cooperation between the two Air Forces in term of training and capacity building were highlighted during the call. Both Air Chiefs also expressed confidence in strengthening defence bilateral relations between the two Air Forces. With the opening of Australian Defence Adviser office in Brunei Darussalam in 2020, both Air Forces can expediate for early arrangement and smoother process with mutual benefits.


PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN
CHIEF AIR FORCE, TENTERA UDARA DIRAJA AUSTRALIA SECARA ATAS TALIAN



Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 16 Ogos 2021

– Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Seri Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB menerima kujungan Air Marshal Mel Hupfeld, bersama
Chief Air Force Tentera Udara Diraja Australia secara atas talian. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Staf TUDB.

Semasa perjumpaan tersebut, kedua Pemerintah berkongsi mengenai situasi COVID-19 serta program vaksinasi yang dihadapi oleh negara masing-masing serta usaha yang di ambil oleh kedua Tentera Udara bagi menangani penularan wabak tersebut. Peluang kerjasama bagi mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua Tentera Udara juga dibincangkan walaupun dengan keadaan pandemik pada masa ini.


Selain itu, pertukaran pandangan dalam meningkatkan kerjasama yang lebih praktikal diantara kedua Tentera Udara dari segi latihan dan peningkatan kapasiti telah pun diketengahkan. Kedua Pemerintah turut meluahkan keyakinan dalam mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala. Dengan penubuhan Pejabat Penasihat Pertahanan Australia di Brunei Darussalam pada tahun 2020, kedua Tentera Udara dapat membuat perancangan awal dan melancarkan proses untuk kebaikan bersama.