​Rimba Air Force Base, Thursday, 27 January 2022 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Seri Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF received a virtual call from Major General Connor Anthony D Canlas, the Commanding General, Philippine Air Force (PAF). Also present during the session was RBAirF Chief of Staff.

The call began with the Commanding General, PAF conveying his personal message to the Commander of RBAirF. During the call, both sides discussed the possibilities of venturing more bilateral avenues in aspects of education, information sharing, and capabilities in the effort to enhance the relationship between both Air Forces.

The Commander of RBAirF then expressed his confidence in both forces’ active interactions in strengthening defence bilateral relations especially since the establishment of RBAirF-PAF Air Working Group, and appreciate PAF’s contributions towards the longstanding relationship between RBAirF and PAF.


PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT SECARA MAYA DARI PEMERINTAH TENTERA UDARA FILIPINA (TUF)

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 27 Januari 2022 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Seri Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB menerima Kunjungan Hormat bersama Major General Connor Anthony D Canlas, Pemerintah Tentera Udara Filipina (TUF). Turut hadir ialah Ketua Staf TUDB.

Perjumpaan maya tersebut dimulakan dengan Pemerintah TUF menyampaikan ucapan peribadi kepada Pemerintah TUDB. Semasa perjumpaan tersebut, kedua belah pihak telah membincangkan mengenai kerjasama dua hala serta peluang untuk meneroka lebih banyak peluang kolaborasi dua hala dari aspek pendidikan, perkongsian meklumat dan taklimat keupayaan dalam usaha untuk meningkatkan dan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua Tentera Udara.

Pemerintah TUDB turut menyatakan keyakinannya dengan interaksi yang aktif di antara kedua tentera udara dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala, terutama sekali dengan penubuhan Kelompok Kerja Udara TUDB-TUF dan seterusnya menghargai sumbangan TUF dalam hubungan rapat yang sudah lama terjalin di antara kedua organisasi.