Rimba Air Force Base, Friday, 04 March 2022 – The RBAirF Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim received a Courtesy Call from the Ambassador of the Federal Republic of Germany to Negara Brunei Darussalam, Her Excellency Gerda Winkler.
During the call, the RBAirF Commander welcomed Her Excellency and expressed his gratitude on her visit to the Royal Brunei Air Force Headquarters today. Both parties also discussed on the impacts that the COVID-19 Pandemic has on both countries that also consequently limited the interactions between both nations. Despite the minimal interactions between the two armed forces, there are currently personnel from the Armed Forces of the Federal Republic of Germany undergoing training in the country. It is hoped that such interactions could be expanded and further avenues of cooperation could be explored to further strengthen ties between the two armed forces as well as air forces.
Matters of capability was also discussed, where the RBAirF used to operate the recently decommissioned Bolkow BO 105, a German-made helicopter that has proudly served the RBAirF for 4 decades and has contributed immensely to its operations and training. German-made aircrafts have also been shortlisted as its possible replacement.
Her Excellency Gerda Winkler was appointed as the Ambassador of The Federal Republic of Germany to Negara Brunei Darussalam in August 2020.

PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 04 Mac 2022 – Pemerintah TUDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Hormat dari Puan Yang Terutama Gerda Winkler, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB mengalu-alukan ketibaan Puan Yang Terutama dan merakamkan ucapan penghargaan atas kunjungan beliau ke Markas TUDB. Kedua belah pihak berbincang mengenai impak Pandemik COVID-19 kepada kedua buah negara yang juga telah menghadkan interaksi dua hala. Di samping interaksi yang minimal ini, beberapa orang anggota dari Angkatan Tentera Republik Persekutuan Jerman sedang menjalani latihan di Negara Brunei Darussalam. Kedua pihak mengharapkan agar kolaborasi seperti ini dapat dikembangkan bersama dengan peluang-peluang kerjasama yang lain untuk mengukuhkan hubungan di antara kedua angkatan tentera serta kedua tentera udara.
Isu keupayaan serta aset juga dibincangkan, di mana pesawat TUDB yang baru ditamatkan perkhidmatannya iaitu Bolkow BO105 yang juga merupakan buatan Jerman telah beroperasi selama 4 dekad dan telah banyak menyumbangkan jasa kepada operasi dan latihan TUDB. Pesawat-pesawat buatan Jerman juga telah disenarai-pendekkan sebagai bakal pengganti kepada Bolkow BO105.
Puan Yang Terutama Gerda Winkler telah dilantik sebagai Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam pada Bulan Ogos 2020.