Rimba Air Force Base, Tuesday, 21 December 2021 – The RBAirF Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim received a Farewell Call from the outgoing Defence Advisor of the Republic of Singapore to NBD, Colonel Desmond Yeo. He was accompanied by his successor, Colonel Peter Chee.
During the call, the outgoing DA expressed his appreciation to the RBAirF Commander for the support and friendship that was given by the RBAirF since he started his tenure in 2017. He then introduced his successor to the RBAirF Commander. Colonel Desmond reiterated plans to resume back the interactions that was affected by the COVID-19 Pandemic, including the invitation to the RBAirF for his introductory visit. He also maintained the importance of the special relationship held by both the armed forces that has facilitated the collaboration between the armed forces. He also mentioned the need to further develop the existing working relationship between the two air forces.
The RBAirF Commander also conveyed his gratitude to the outgoing DA for his assistance and efforts in strengthening the ties between the armed forces and the air forces in particular. He also expressed confidence that the new DA will be able to continue the commendable work done by the DA office and develop the relationship to new heights. He also suggested for the existing collaborations such as Exercise Air Guard to be further enhanced and include other capabilities such as Unmanned Aerial Systems.
Both sides also discussed the effects of the COVID-19 Pandemic especially on restricting the movements and physical interactions between the two Air Forces. They both agreed on the need to resume the physical collaborations in light of the planned events that will be taking place next year such as the Singapore Air Show.



PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PENASIHAT PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 21 Disember 2021 –Pemerintah TUDB, Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Hj Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Perpisahan dari Penasihat Pertahanan Republik Singapura yang akan menamatkan perkhidmatannya di Negara ini, Kolonel Desmond Yeo. Turut hadir bersama beliau ialah Kolonel Peter Chee, Penasihat Pertahanan yang baharu.
Semasa kunjungan tersebut, Kolonel Desmond menyatakan penghargaan kepada Pemerintah TUDB di atas sokongan dan persahabatan yang diberikan oleh TUDB sepanjang khidmat beliau sebagai Penasihat Pertahanan sejak tahun 2017. Beliau kemudian memperkenalkan pengganti beliau iaitu Kolonel Peter Chee. Seterusnya, Kolonel Desmond menyatakan beberapa perancangan yang telah terjejas disebabkan oleh Pandemik COVID-19, termasuklah perancangan bagi Lawatan Pengenalan Pemerintah TUDB ke Republik Singapura. Beliau juga menyuarakan tentang ikatan yang istimewa di antara kedua Angkatan Tentera yang telah banyak membantu kolaborasi dua hala dan menyatakan keperluan untuk mengembangkan lagi ikatan yang sedia ada di antara kedua Tentera Udara.
Pemerintah TUDB turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kolonel Desmond di atas usaha dan bantuan beliau dalam mengukuhkan ikatan kedua Angkatan tentera dan juga kedua Tentera Udara secara khusus. Beliau juga yakin bahawa Penasihat Pertahanan yang baharu akan meneruskan usaha-usaha yang telah diungkayahkan oleh pejabat Penasihat Pertahanan sebelum ini dan memperkuat lagi hubungan kedua organisasi. Beliau juga mencadangkan agar kerjasama yang sedia ada seperti Eksesais
Air Guard untuk dikembangkan lagi dengan melibatkan aset serta keupayaan yang lain seperti
Unmanned Aerial Systems.
Kedua belah pihak juga membincangkan mengenai impak dari COVID-19 yang menyekat pergerakan serta interaksi secara fizikal kedua Tentera Udara. Keduanya bersetuju tentang kepentingan menyambung semula kolaborasi secara fizikal terutama sekali sebagai persiapan untuk mengungkayahkan acara-acara yang akan dilangsungkan pada tahun hadapan seperti
The Singapore Air Show.