RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 07 September 2022 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim received a Farewell Call from the outgoing Malaysian Defence Adviser (DA) to Negara Brunei Darussalam, Colonel Kamarudzaman bin Mohammad Thani.
In the session, the outgoing DA expressed his gratitude to the RBAirF Commander for all the support and assistance that was provided during his tenure in the country. He also conveyed the importance of developing the interaction between the RBAirF and the Royal Malaysian Air Force (RMAF).
The RBAirF Commander expressed appreciation to the outgoing DA for his contributions that has helped to further strengthen the relationship between the RBAirF and RMAF. He also iterated the need to boost back the interactions that has been affected by the COVID-19 Pandemic, especially on the existing engagements such as the Air Working Group and the SAREX MALBRU bilateral exercise. Also discussed were the opportunities for exchange of visits between the chiefs of both air forces as well exploring possibilities of further collaboration in terms of training and other forms of engagement.
Colonel Kamarudzaman has served in Brunei Darussalam as the Defence Adviser for 6 years, starting his tenure in January 2016.



PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI PENASIHAT PERTAHANAN MALAYSIA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 07 September 2022 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim pada hari ini menerima Kunjungan Perpisahan dari Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Kamarudzaman bin Mohammad Thani.
Semasa sesi tersebut, Penasihat Pertahanan Malaysia telah menyatakan penghargaan beliau kepada Pemerintah TUDB di atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang perkhidmatan beliau di negara ini. Beliau juga menyatakan kepentingan mengembangkan hubungan dan interaksi di antara kedua Tentera Udara.
Pemerintah TUDB kemudian mengucapkan terima kasih kepada Kolonel Kamarudzaman di atas sumbangan beliau yang telah membantu mengukuhkan pertalian di antara TUDB dan TUDM. Beliau juga mengutarakan keperluan untuk meningkatkan kembali interaksi di antara kedua tentera yang telah sedikit sebanyak terjejas kerana Wabak Pandemik COVID-19, terutama sekali aktiviti dua hala yang sedia ada seperti Kelompok Kerja Udara dan Eksesais Dua Hala SAREX MALBRU. Turut dibincangkan adalah peluang-peluang kerjasama dari segi pertukaran lawatan kedua Pemerintah Tentera Udara, latihan dan lain-lain.
Kolonel Kamarudzaman telah berkhidmat di Negara Brunei Darussalam sebagai Penasihat Pertahanan selama 6 tahun, dimana beliau mula bertugas pada bulan Januari 2016.

