RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 18 July 2022 – Senior Colonel Dai Qilin, the People’s Republic of China Defence Attaché made an introductory call to Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) today. In attendance was Lieutenant Colonel Fan Xiawei, Assistant to Defence Attaché of the People’s Republic of China.

During the call, the Commander of RBAirF welcomed Senior Colonel Dai Qilin to Brunei Darussalam and RBAirF. Senior Colonel Dai Qilin extended his appreciation on the continuous and growing bilateral relation between Brunei Darussalam and People’s Republic of China. The RBAirF Commander mentioned that aircraft visits will be a good platform in enhancing the existing relationship and further explore the subject matter expert exchange with hopes that it will continue to flourish both armed forces.

Senior Colonel Dai Qilin was appointed as the Defence Attaché of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam since 25 February 2022.


PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE BRUNEI DARUSSALAM

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 18 Julai 2022 – Senior Colonel Dai Qilin, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam membuat kunjungan pengenalan kepada Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada hari ini. Hadir bersama ialah Leftenan Kolonel Fan Xiawei, Penolong Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB mengalu-alukan kedatangan Senior Colonel Dai Qilin ke Negara Brunei Darussalam dan TUDB. Senior Colonel Dai menyampaikan penghargaannya terhadap hubungan dua hala yang berterusan dan berkembang antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China. Pemerintah TUDB turut menyatakan bahawa lawatan pesawat-pesawat dapat dijadikan platform yang baik dalam meningkatkan hubungan yang sedia ada dan seterusnya meneroka pertukaran pakar subjek dengan harapan ianya akan terus berkembang maju untuk kedua buah angkatan tentera.

Senior Dai Qilin mula dilantik sebagai Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam sejak 25 Februari 2022.