RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 13 September 2022 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of Royal Brunei Air Force (RBAirF) received an Introductory Call from the Nigerian Defence Adviser accredited to Negara Brunei Darussalam, Air Commodore Ehimen Ejodame. Air Commodore Ejodame is based in Malaysia.
During the call, Air Commodore Ejodame expressed his gratitude for the hospitality and warm welcome he has received since he arrived to Negara Brunei Darussalam. Both sides spoke of the opportunities that could be taken advantage of with the easing of COVID-19 restrictions in the region, especially in terms of increased interactions and engagements to boost the relations between the RBAirF and the Nigerian Air Force. Both also agreed to explore avenues for bilateral interaction such as exchange of visits and training, where one of the vital objectives is for the sharing of knowledge and best practices on operational, human resource and doctrinal matters.
Both sides then shared on their current and future capabilities and how these are shaped by the current operating environment. Also discussed were the challenges on the logistical and training aspects of capability development as well as the way forward.
Air Commodore Ejodame is currently in Negara Brunei Darussalam for his official introductory calls to the senior officials in the Royal Brunei Armed Forces.



PEMERINTAH TUDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI PENASIHAT PERTAHANAN NIGERIA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 13 September 2022 – Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada hari ini menerima Kunjungan Pengenalan dari Air Commodore Ehimen Ejodame, Penasihat Pertahanan Malaysia yang di akreditasi ke Negara Brunei Darussalam.
Dalam sesi tersebut, Air Commodore Ejodame menyatakan penghargaan beliau di atas sambutan baik yang diterimanya sejak tiba ke Negara Brunei Darussalam. Kedua belah pihak kemudian menyatakan kepentingan mengambil peluang yang tersedia sempena pengurangan sekatan COVID-19 di rantau ini, terutama sekali untuk mengembangkan interaksi bagi mengukuhkan hubungan di kedua tentera udara. Kedua belah pihak juga bersetuju untuk menerokai peluang-peluang dua hala seperti pertukaran lawatan dan latihan, di mana salah satu objektif nya adalah untuk berkongsi maklumat dan amalan terbaik dari segi operasi, sumber manusia dan doktrin.
Kedua belah pihak kemudian berkongsi mengenai keupayaan masa kini dan hadapan dan bagaimana ianya dibentuk oleh situasi sekuriti kedua buah negara. Turut dibincangkan adalah cabaran dalam perkembangan keupayaan dari segi logistik dan latihan serta perancangan masa hadapan.
Air Commodore Ejodame sedang berada di Negara Brunei Darussalam untuk membuat Kunjungan Rasmi beliau kepada Pegawai-pegawai terkanan di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

