​AUSTRALIA, Friday, 10 May 2024 – Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim conducted a working visit to Air Combat Australia (ACA), Camden, New South Wales, Australia. The commander was welcomed by Ray Ekinci, Chief Flying Instructor of ACA with 8 of the RBAirF student pilots who are currently on course in ACA.

ACA is a Sydney-based flying organisation established in 1992 and has held military flying training contracts for overseas governments including RBAirF. ACA has conducted 8 flying training courses for RBAirF since 2019. As of today, ACA have produced a total of 20 pilots through courses consisting of Basic and Intermediate Fixed Wing Pilot Training, Multi-Engine Fixed Wing Training Course and Helicopter Flight Training Course for the RBAirF.

The flying training courses consist of ground school and flying training. Ground school theory lessons highlight the knowledge in aircraft performance and systems, aerodynamics, meteorology and navigation. The flying training encompasses basic aircraft controls including simulated emergencies, navigation exercises, aerobatics, formation, night flying and instrument flying. The flying training course equips student pilots with comprehensive skills and knowledge required to proficiently operate a fixed wing aircraft or helicopter to become an operational pilot for the RBAirF.

The visit commenced with a group photo session followed by a tour around the hangars, where various aircraft assets such as the CT4/E fixed-wing trainer aircraft, Piper Aerostar 600 multi-engine trainer, and Bell 206 Jet Ranger were showcased. The delegation was then invited to the lounge room for a meeting session where progress and performance of the student pilots were being discussed and ⁠the plan for RBAirF is still going to continue to send student pilots to ACA in the near future. The visit concluded with the presentation of a token of appreciation to the RBAirF Commander.

The RBAirF delegation’s visit to ACA signifies a step forward in strengthening bilateral ties and promoting collaboration in the field of aviation training between Brunei Darussalam and Australia.


LAWATAN KERJA PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI (TUDB) KE AIR COMBAT AUSTRALIA (ACA), CAMDEN, NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA

AUSTRALIA, Juma’at, 10 Mei 2024 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke
Air Combat Australia (ACA), Camden, New South Wales, Australia. Pemerintah TUDB telah disambut oleh Ray Ekinci, ketua jurulatih penerbangan ACA dengan 8 pelatih juruterbang TUDB yang sedang menghadiri kursus di ACA.

ACA merupakan sebuah organisasi penerbangan yang berpusat di Sydney yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan telah memegang kontrak latihan penerbangan tentera untuk kerajaan luar negara termasuk TUDB. ACA telah mengendali 8 latihan penerbangan bagi TUDB sejak Mei 2019. Sehingga hari ini, ACA telah menghasilkan 20 juruterbang melalui kursus latihan penerbangan yang terdiri daripada
Basic and Intermediate Fixed Wing Pilot Training, Multi-Engine Fixed Wing Training Course and Helicopter Flight Training Course untuk TUDB.

Kursus Latihan Penerbangan ini terbahagi kepada kelas teori diikuti dengan latihan penerbangan. Kelas teori merangkumi subjek seperti kepentingan prestasi pesawat dan sistem-sistemnya, aerodinamik, meteorologi dan navigasi secara mendalam. Latihan Penerbangan dimulakan dengan latihan asas pesawat, latihan kecemasan, latihan penerbangan litar, latihan navigasi, latihan aerobatik, latihan pernerbangan formation, penerbangan malam, penerbangan instrumen dan penerbangan secara solo. Kursus latihan penerbangan ini melengkapi pelatih juruterbang dengan kemahiran dan pengetahuan yang komprehensif yang diperlukan untuk menjalankan pesawat atau helikopter dengan mahir untuk menjadi juruterbang bagi RBAirF.

Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai. Selepas itu, delegasi membuat lawatan ke hangar, di mana pelbagai aset pesawat seperti pesawat CT4/E, Piper Aerostar 600, dan Bell 206 Jet Ranger dipamerkan. Seterusnya, delegasi dijemput ke bilik mesyuarat bagi sesi perjumpaan di mana progres dan prestasi pelatih-pelatih juruterbang telah dibincangkan serta rancangan bagi TUDB masih akan terus menghantar pelatih juruterbang ke ACA di masa hadapan. Lawatan diakhiri dengan pemberian tanda penghargaan kepada Yang Mulia Pemerintah TUDB.

Lawatan delegasi TUDB ke ACA melambangkan langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan hubungan dua hala dan mempromosikan kerjasama dalam bidang latihan penerbangan diantara Brunei Darussalam dan Australia.