RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 23 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) officially commenced its 60th anniversary celebrations with a solemn Thanksgiving Prayer (Doa Kesyukuran) ceremony at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, marking six decades of dedication, sacrifice, and unwavering service to the nation.

The spiritual gathering brought together generations of military leaders, underscoring the RBAirF’s enduring legacy and strong brotherhood. Their presence highlighted the deep-rooted traditions and continuity of leadership that have shaped the Air Force over the past 60 years.

The commemorative evening commenced with congregational Maghrib prayers, followed by Sunat Hajat prayers, the recitation of Surah Yassin, and a special Doa Kesyukuran dedicated to the Diamond Jubilee. The ceremony concluded with congregational Isya’ prayers.

This thanksgiving ceremony marks the launch of a series of events lined up for the RBAirF’s 60th anniversary, honoring its history of modernization, regional cooperation, and steadfast commitment to the defense of Brunei Darussalam.

TUDB PERINGATI HARI ULANG TAHUN KE-60 DENGAN MAJLIS DOA KESYUKURAN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 23 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) secara rasmi memulakan sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 dengan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, bagi menandakan enam dekad dedikasi, pengorbanan, dan khidmat bakti kepada negara.

Perhimpunan keagamaan tersebut menghimpunkan generasi kepimpinan Tentera Udara, sekali gus memperkukuh legasi yang berkekalan dan semangat persaudaraan yang erat dalam warga TUDB. Kehadiran para jemputan khas tersebut mencerminkan tradisi yang mendalam serta kesinambungan kepimpinan yang telah mencorakkan hala tuju TUDB sepanjang 60 tahun yang lalu.

Majlis bagi memperingati ulang tahun tersebut dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin, dan Doa Kesyukuran khas sempena Jubli Intan. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isya’ berjemaah.

Majlis Doa Kesyukuran ini menandakan bermulanya rangkaian acara yang telah disusun sempena Hari Ulang Tahun TUDB ke-60, bagi menghargai sejarah pemodenan, kerjasama serantau, serta komitmen yang jitu terhadap pertahanan Negara Brunei Darussalam.