RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 19 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) marked the Ilal Hijrah 1448H celebration with a series of spiritual and community-centric events today.

The activities began with a mass Subuh prayer at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base. This was followed by a Tazkirah titled “Hijrah Penyelamat Aqidah,” delivered by Ustaz Mas Ismandi.

To symbolise the historic journey of Hijrah, personnel participated in a walkathon from Surau Al-Barakah to the Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Mosque in Rimba.

The event was attended by Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. Joining him were members of the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen, and local congregants.

During the event, the Commander presented donations to orphans from Kampong Rimba. The presentation was witnessed by the Head Imam, Penghulu Mukim Gadong A, Village Heads of Kampong Rimba and the Village Heads of STKRJ Kampong Rimba. Additionally, a welcoming ceremony was held for RBAirF personnel who recently returned from the Hajj pilgrimage.

Similar Ilal Hijrah 1448H celebrations were held simultaneously across all suraus in Royal Brunei Armed Forces Garrisons, Camps, and Bases.

TUDB PERINGATI SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1448H DENGAN AKTIVITI KEROHANIAN DAN KEMASYARAKATAN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 19 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan bagi memperingati Sambutan Ilal Hijrah 1448H, hari ini.

Aktiviti dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis diteruskan dengan penyampaian Tazkirah bertajuk “Hijrah Penyelamat Aqidah” yang disampaikan oleh Ustaz Mas Ismandi.

Bagi menyimbolkan semangat dan penghayatan Hijrah, acara jalan kaki (walkathon) turut diadakan bermula dari Surau Al-Barakah dan berakhir di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Rimba.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota tentera udara, serta jemaah surau.

Pada majlis tersebut, Pemerintah TUDB menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang menetap di Kampong Rimba. Penyerahan itu disaksikan oleh Ketua Imam, Penghulu Mukim Gadong A, Ketua-Ketua Kampong Rimba dan Ketua-Ketua Kampong STKRJ Kampong Rimba. Majlis turut diselajurkan dengan upacara menyambut kepulangan anggota TUDB yang baru selesai menunaikan ibadah Haji.

Sambutan Ilal Hijrah 1448H ini diadakan secara serentak di seluruh surau di Garison, Perkhemahan, dan Pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.