​Rimba Air Base, Sunday, 31 January 2021 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the recitation of Surah Yaasin and 100 days Tahlil ceremony in remembrance of Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

In attendance were Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Deputy Commander of the Royal Brunei Air Force, senior officers, officers and personnel of the RBAF.

The ceremony began with mass Maghrib prayers, followed by the recitation of Surah Yaasin, Tahlil and concluded with the mass Isya’ prayers.

Similar events were also held at all suraus in the RBAF garrisons and camps, whilst civilian officers and staffs of the Ministry of Defence as well as RBAF personnel attended similar ceremonies at allocated mosques across the country.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL 100 HARI BAGI AL-MARHUM DYTM PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM IBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH


Pangkalan Tentera Udara Rimba, Ahad, 31 Januari 2021 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil 100 Hari bagi memperingati Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan para Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.

Majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di seluruh surau garison dan perkhemahan ABDB, sementara pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan anggota ABDB menghadiri acara serupa di masjid-masjid yang diperuntukkan di seluruh negara.