
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 24 July 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a promotion ceremony today for 12 personnel from the RBAirF Headquarters at Ruang Rajawali, Rimba Air Force Base.
The ceremony celebrated their promotion to the ranks of Acting Lance Corporal, Substantive Lance Corporal, Acting Corporal, Substantive Corporal, Acting Sergeant, and Substantive Sergeant. These promotions recognize their unwavering dedication, outstanding professionalism, and exemplary commitment to the RBAirF.
Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Chief of Staff of the RBAirF, officiated the event as the Guest of Honour. Senior Officers, Officers, Warrant Officers, and family members attended the ceremony, which commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by the presentation of rank insignias.
The RBAirF extends its heartfelt congratulations to the promoted personnel and their families, acknowledging their vital contributions toward strengthening operational readiness, ensuring successful air operations, and driving organizational excellence.




MAJLIS KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA MARKAS TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 24 Julai 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 12 orang anggota Markas TUDB bertempat di Ruang Rajawali, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Majlis tersebut meraikan kenaikan pangkat anggota-anggota berkenaan ke pangkat Pemangku Lans Korporal, Lans Korporal Tetap, Pemangku Korporal, Korporal Tetap, Pemangku Sarjan, dan Sarjan Tetap. Kenaikan pangkat ini adalah sebagai pengiktirafan atas dedikasi, profesionalisme tinggi, dan komitmen mereka terhadap TUDB.
Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Ketua Staf TUDB, telah hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut. Turut hadir menyaksikan majlis ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Pegawai-pegawai Waran, serta ahli keluarga anggota yang diraikan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan penyampaian lencana kenaikan pangkat.
TUDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat serta ahli keluarga mereka. Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangan berharga mereka dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, memastikan kejayaan operasi udara, dan memacu kecemerlangan organisasi.


