BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 15 June 2026 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Surah Yasin and Tahlil dedicated to the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and His Majesty’s late son, Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim.

Held in conjunction with the RBAirF 60th Anniversary Celebration, the ceremony took place at the Royal Mausoleum, Jalan Tutong.

Present at the ceremony was Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, RBAirF Board of Executives, Senior Officers, as well as officers and personnel of the RBAirF.

The mass recital of Surah Yasin and Tahlil was led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher RBAirF, followed by the recitation Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

This ceremony is part of a series of religious activities organized for the diamond jubilee, leading up to the main anniversary celebration on Wednesday, 24 June 2026. Beyond fostering spiritual values among air force personnel, the event serves to seek continued blessings, peace, and prosperity for the nation.

TUDB MENGADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TUDB KE-60

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus buat paduka ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

Majlis yang diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB ke-60 berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong. 

Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, Ahli-Ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TUDB.

Bacaan beramai-ramai Surah Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB, diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada rangkaian aktiviti keagamaan yang disusun sempena sambutan Jubli Intan tersebut, menjelang hari kemuncak sambutan pada Rabu, 24 Jun 2026. Selain memupuk nilai-nilai kerohanian dalam kalangan anggota tentera udara, majlis ini juga bertujuan untuk memohon keberkatan, keamanan, dan kemakmuran yang berterusan bagi negara.