BERAKAS GARRISON, Saturday, 02 March 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Regimental Dinner at the Officers’ Mess, Berakas Garrison to welcome the newly wedded RBAirF officers and to Dine-In the recently commissioned Officers of Intake 22, Officer Cadet School.

Gracing the event were His Royal Highness Major (U) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah and Her Highness Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam. Upon arrival, the Royal Couple were welcomed by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF and spouse, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim.

​The event proceeded with the pipers marching into the Mess as one of the regimental traditions followed by a speech by the Commander of RBAirF. In his speech, the Commander extended a warm welcome to the newly commissioned officers from Officer Cadet School Intake 22 and to the newly wedded couples of the RBAirF, including the Royal Couple, with a special acknowledgement of the spouses’ vital role in supporting their uniformed spouses in their service to the nation. He also took the opportunity to highlight the various achievements of the year thus far, which included the Royal Wedding celebration in January and the successful delivery and introduction to service of the C295MW into the RBAirF.



The event continued with an orchestral performance by the RBAF band, where Her Highness Pengiran Isteri Anisha Rosnah had the honour to conduct a song. The event concluded with the signing of a special parchment by His Royal Highness Major (U) Prince ‘Abdul Mateen and Her Highness Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah to commemorate their first Dining-In together with RBAirF.


TUDB MENGADAKAN MAKAN MALAM BERADAT BAGI PEGAWAI-PEGAWAI TUDB


BERAKAS GARISON, Sabtu, 02 Mac 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat bagi Pegawai-Pegawai TUDB di Mes Pegawai, Berakas Garison. Tujuan Makan Malam Beradat ini diadakan adalah bagi meraikan Pegawai-pegawai yang baru berkahwin dan Pegawai-Pegawai yang telah tamat dari Pengambilan Sekolah Pegawai Kadet Ke-22.

Berangkat hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia dijunjung oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB beserta isteri, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan
Chief Steward melapor kepada Pemerintah TUDB dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, Pegawai-pegawai Kanan TUDB beserta pasangan dan diteruskan dengan makan malam.

Majlis diteruskan dengan anggota dari pasukan Serunai dan Tambur masuk ke dalam mes, salah satu tradisi regimentasi, dan diteruskan dengan ucapan daripada Pemerintah TUDB. Dalam ucapan Pemerintah TUDB, beliau meraikan Pegawai-Pegawai dari Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan Ke-22 yang telah ditauliahkan dan meraikan Pegawai-Pegawai yang baru berkahwin, termasuk Pasangan Diraja. Beliau juga turut menjelaskan dan mengakui peranan yang penting yang dimainkan oleh setiap pasangan dalam memberi sokongan kepada pasangan yang beruniform dalam perkhidmatan mereka kepada negara. Pemerintah TUDB turut mengambil kesempatan untuk meraikan pencapaian tahun ini, termasuk Sambutan Perkahwinan Diraja pada bulan Januari dan kejayaan penerimaan dan
introduction to service pesawat C295MW ke TUDB.

Majlis diserikan lagi dengan iringan muzik daripada Pancaragam ABDB yang mana Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah perkenan memimpin sebuah lagu. Majlis diakhiri dengan penandatangan Lembaran Kenangan Khas bagi memperingati Makan Malam Beradat pertama Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia bersama TUDB.