RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 12 December 2024 – Inspectorate Unit of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), in collaboration with the Medical Reception Station (MRS) of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), successfully conducted a Basic Life Support & First Aid Management briefing to enhance awareness and readiness among its personnel.

This session was aimed to provide and refresh participants with essential knowledge and skills to respond effectively to medical emergencies at work or during operations. Delivered by Sergeant Haji Muhd Najib bin Hj Ibrahim, an instructor from MRS RBLF, the session included demonstrations and hands-on training in basic life support, wound management, handling common injuries as well as Automated External Defibrillator (AED) handling.

This initiative reflects the RBAirF’s commitment to fostering a well-prepared and capable force while supporting inter-service collaboration to achieve shared objectives. Such activities strengthen operational readiness and ensure personnel’s safety and welfare. The RBAirF remains dedicated to continuous improvement and professional development in ensuring occupational health and safety through training and education.



TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN TAKLIMAT ASAS MENYELAMATKAN NYAWA DAN

FIRST AID MANAGEMENT


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 12 Disember 2024 – Unit Inspektorat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berkerjasama bersama Khidmat Perubatan dan Kesihatan (KP&K) Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berjaya mengadakan Taklimat Asas Menyelamatkan Nyawa dan
First Aid Management bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan dalam hal keselamatan antara anggota-anggota.

Taklimat ini bertujuan memberikan pengetahuan, kemahiran asas dan ulangkaji untuk menangani kecemasan perubatan dengan berkesan, sama ada semasa operasi mahupun dalam kehidupan pekerjaan seharian. Sesi ini dikendalikan oleh Jurulatih KP&K, Sarjan Haji Muhd Najib bin Hj Ibrahim dimana taklimat ini merangkumi demonstrasi serta latihan praktikal seperti bantuan hayat asas, pengurusan luka, rawatan kecederaan biasa dan tatacara penggunaan
Automated External Defibrillator (AED).

Inisiatif ini mencerminkan komitmen TUDB untuk membangunkan pasukan yang bersedia dan berkemampuan sambil menyokong kerjasama antara perkhidmatan untuk mencapai matlamat bersama. Aktiviti seperti ini turut menyumbang kepada pengukuhan kesiapsiagaan operasi serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan anggota. TUDB terus komited terhadap peningkatan berterusan dan pembangunan profesional melalui latihan dan pendidikan, selaras dengan misinya.