RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 10 June 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Korban and Aqiqah event was held at Punai Hall, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) in conjunction with the Hari Raya Aidil Adha 1446H. A total of 09 buffaloes and 04 goats were sacrificed and the sacrificial meat was distributed to the RBAirF military and civilian personnel, as well as residents from the Kampong Rimba community.

The event was officiated by Colonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Commander of the RBAirF as the Guest of Honour, and attended by RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, and Other Ranks including participants for the korban.

Notable attendees were Awg Hj Julkepli Hj Ibrahim, Acting Penghulu Mukim Gadong ‘A’, village head of Kampong Rimba Zone 1-6 along with 80 Asnaf recipients of Kampong Rimba and 185 RBAirF personel. The ceremony started off with the mass recitation of Surah Al-Fatihah, Takbir Hari Raya and Asmaul Husna led by the Religious Officer of RBAirF before concluding with the distribution of sacrificial meat to recipients.

The ceremony was closed with the recitation of Doa Selamat and light refreshment with all invited guests to further commemorate and enliven the spirit of the Hari Raya Aidil Adha celebration.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS KORBAN DAN AQIQAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1446H/2025M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 10 Jun 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1446H. Sebanyak 09 ekor kerbau dan 04 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada anggota tentera dan awam, serta penduduk Kampong Rimba.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Kolonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Pemerintah TUDB selaku Tetamu Kehormat majlis, dan dihadiri oleh Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Anggota TUDB termasuk peserta-peserta korban.

Tetamu-tetamu jemputan, Awg Hj Julkepli Hj Ibrahim, Pemangku Penghulu Mukim Gadong ‘A’, dan Ketua-ketua Kampong Rimba Kawasan 1-6 serta jemputan awam seramai 80 orang daripada golongan Asnaf Kampong Rimba dan 185 anggota TUDB turut hadir. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan Takbir Hari Raya beramai sebelum diakhiri dengan pengagihan daging-daging korban kepada penerima.

Majlis seterusnya ditutup dengan bacaan Doa Selamat dan jamuan ringan yang telah disediakan bagi jemputan-jemputan yang hadir untuk memeriahkan dan menyerikan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha.