
RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 08 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the Opening Ceremony of the Tadarus Al-Quran programme today at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, in conjunction with its 60th Anniversary Celebration for the year 1447 Hijrah/ 2026 Masihi.
Present as the Guest of Honour to officiate the religious event was Yang Mulia Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Deputy Commander of the RBAirF. Also in attendance were the Senior Officers, as well as officers and personnel of the RBAirF.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by the Deputy Commander of the RBAirF, followed by a collective recitation of verses 1 to 29 of Surah Al-Baqarah, led by Sergeant Haji Khairul Ariffin bin Rosli, Penguasa Medan Agama. The event concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam and a mass Fardhu Asar prayer, seeking blessings, health, and prosperity for His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
This annual spiritual initiative aims to strengthen religious devotion among personnel, cultivate faith-based workplace values, and bless the milestone activities of the RBAirF’s diamond jubilee.


MAJLIS PELANCARAN TADARUS AL-QURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDB KE-60
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 08 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini mengungkayahkan Majlis Pelancaran Tadarus Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB ke-60 bagi tahun 1447 Hijrah/ 2026 Masihi bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan majlis keagamaan tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, serta anggota TUDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Timbalan Pemerintah TUDB, diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah secara beramai-ramai dari ayat 1 hingga 29 yang dipimpin oleh Sarjan Haji Khairul Ariffin bin Rosli, Penguasa Medan Agama. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta sembahyang Fardhu Asar berjemaah bagi memohon kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Program kerohanian tahunan ini bertujuan untuk memperkukuh pegangan agama dalam kalangan anggota, menyemai nilai tempat kerja berteraskan iman, serta meraih keberkatan bagi sepanjang aktiviti sempena sambutan jubli intan TUDB.
