
RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 09 July 2022 – In the spirit of celebrating Eid Ul-Adha 1443H, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held Malam Takbir on the eve of 9th Zulhijjah 1443H at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present at the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also present were RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen and citizens living within the area of Surau Al-Barakah.
The event commenced with mass Maghrib Prayer led by Warrant Officer 2 (Retired) Shaipin bin Haji Abu Bakar, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and Takbir. The event concluded with mass Isya’ prayer and Doa Peliharankan Sultan. The Commander of RBAirF also delivered a brief speech and greeted the congregants in conjunction with Eid Ul-Adha.
Similar event is held simultaneously in all mosques and suraus across the country.



TUDB MENGADAKAN MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1443H
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 09 Julai 2022 – Bagi menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1443H, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Malam Takbir Raya di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Anggota TUDB dan orang awam yang bermastautin berhampiran Surau Al-Barakah.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Waran 2 (Bersara) Shaipin bin Haji Abu Bakar dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan Takbir Raya. Majlis disudahi dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah serta Doa Peliharakan Sultan. Pemerintah TUDB juga turut memberikan ucapan sempena Hari Raya Aidiladha.
Majlis yang sama juga telah diadakan serentak di Masjid-masjid dan Surau-surau di seluruh negara.

