
RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 28 June 2023 – In the spirit of celebrating Eid UI-Adha 1443H, The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Malam Takbir on the eve of 9th Zulhijjah 1444H at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present at the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of the RBAirF. Also present were RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen and local residents within the area.
The event commenced with mass Isya’ prayer led by Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali followed by the recitation of Surah Al-Fatihah dan Takbir.
The event is held simultaneously in all mosques and suraus across the country.


TUDB MENGADAKAN MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1444H
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 28 Jun 2023 – Bagi menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Malam Takbir Raya di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Anggota TUDB dan orang awam yang tinggal berdekatan.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu isya’ berjemaah yang diimamkan oleh Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali dan diikuti dengan bacaan surah Al-Fatihah dan laungan takbir raya.
Majlis yang sama juga telah diadakan serentak di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara.