RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 14 July 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 80th birthday at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base. Similar events were also conducted simultaneously across all suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases, including Pulau Baru-Baru Mosque.

The religious event commenced with a recitation of Surah Al-Mulk (Verses 1 to 11) by Private (U) Masrur Fu’ad bin Haji Asmat from 560 Squadron, No. 5 Wing, Support Group. Attendees then performed congregational Maghrib and Isya’ prayers, Sunat Hajat prayers, and the recitation of Surah Yassin, concluding with the Doa Kesyukuran.

This ceremony serves as an expression of gratitude to Allah Subhanahu Wa Ta’ala while invoking blessings for His Majesty’s health, longevity, and well-being, as well as the enduring peace, prosperity, and harmony of Brunei Darussalam.

TUDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80 TAHUN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 14 Julai 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis yang sama diadakan di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru. 

Majlis keagamaan tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Mulk (Ayat 1 hingga 11) yang dipimpin oleh Soldadu (U) Masrur Fu’ad bin Haji Asmat dari Skuadron 560, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu. Para hadirin kemudiannya menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya’ secara berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin, dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.

Majlis ini merupakan satu bentuk menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, di samping memanjatkan doa ke hadrat-Nya agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya, di samping memohon keamanan, kemakmuran, dan keharmonian yang berkekalan bagi Negara Brunei Darussalam.