RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 27 May 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Hari Raya Aidiladha Takbir Ceremony at Surau Al-Barakah today to mark the upcoming 10 Zulhijjah 1447H celebrations. Similar ceremonies took place simultaneously at mosques and suraus nationwide.

Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, attended as the guest of honour. Also present were members of the Board of Executives, Senior Officers, RBAirF personnel, and residents from the surrounding area.

The event began with congregational Isyak prayers, followed by the Aidiladha Takbir to glorify Allah Subhanahu Wata’ala and honor the significance of the sacrificial rituals. The ceremony concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam to invoke continuous blessings, safety, and well-being for the nation and its personnel.

TUDB MENGADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1447H

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 27 Mei 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Malam Takbir Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Barakah bagi menyemarakkan lagi sambutan 10 Zulhijjah 1447H yang bakal menjelang. Majlis seumpamanya turut diadakan secara serentak di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud. Turut menghadiri majlis tersebut ialah ahli-ahli Badan Eksekutif, Pegawai-pegawai Kanan, anggota TUDB, serta penduduk awam yang tinggal di sekitar Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, diikuti dengan laungan Takbir Aidiladha bagi mengagungkan Allah Subhanahu Wata’ala dan memperingati pengorbanan ibadah korban. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam bagi memohon keselamatan, kesejahteraan, dan perlindungan yang berterusan untuk seluruh anggota TUDB dan negara.