
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 24 January 2020 -Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a pilot wing presentation ceremony for one RBAirF officer at the Rajawali Hall, RBAirF Headquarters.
Commander of the RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat presented the wing badge to the pilot graduate, witnessed by senior officers, officers and family members.
The recipient of the pilot wing was 1133 Lt (U) Pengiran Mohammad Izzat bin Pengiran Sufri. in which he completed a 9 months Fixed Wing Flying Training Course and another 6 months Multi Engine Training Course at BAE Systems, Tamworth, Australia. The training commenced in early 2018 and its successful completion in October 2019.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and proceeded with the presentation of the pilot wing to the recipient. To close the wing presentation ceremony, the recital of Doa Kesyukuran was led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.
Following the pilot wing presentation, the newly qualified pilot will now embark on his journey to become operational pilot as an addition and support towards achieving the RBAirF vision and mission.



TUDB MENGENDALIKAN MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA JURUTERBANG
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 24 Januari 2020 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melangsungkan majlis penyampaian lencana juruterbang kepada seorang pegawai TUDB di Dewan Rajawali, Markas TUDB.
Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat menyampaikan lencana juruterbang kepada graduan juruterbang yang disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan keluarga.
Penerima lencana juruterbang adalah 1133 Lt (U) Pengiran Mohammad Izzat bin Pengiran Sufri, yang mana beliau telah menamatkan latihan penerbangan Fixed Wing Flying Training Course selama 9 bulan dan seterusnya Multi Engine Training Course selama 6 bulan di BAE Systems, Tamworth, Australia. Beliau menjalani latihan bermula pada awal tahun 2018 dan berjaya menamatkan kursus penerbangan pada bulan Oktober 2019.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian lencana juruterbang kepada penerima-penerima lencana juruterbang. Majlis ditutup dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dikepalai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin.
Dengan penyampaian lencana juruterbang, pegawai tersebut akan memulakan perjalanan beliau beroperasi demi memberi sokongan bagi mencapai visi dan misi TUDB.