
RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 30 April 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully organised the Senior Enlisted Airmen Forum 2026 at Dewan Punai, Rimba Air Force Base. The forum gathered Warrant Officers to enhance professional development and reinforce the core values of the Royal Brunei Armed Forces. Present as the Guest of Honour was Warrant Officer 1 (U) Pengiran Haji Redzaini bin Pengiran Haji Ahmad, the RBAirF Sergeant Major.
Guided by the theme “Experience, Leadership, Excellence,” the forum featured a panel session with the RBAirF Sergeant Major and Regimental Sergeant Majors from the Operations, Support, and Training Groups. The interactive session focused on leadership dynamics and professional excellence, fostering an open exchange of views among attendees.
The event concluded with the presentation of Certificates of Appreciation to the forum’s moderators and Public Relations (PR) personnel. These awards recognised their dedication to the successful planning, coordination, and execution of the RBAirF forums.
The recipients included Warrant Officer 1 (U) Mohd Eddie Noorislam bin Bahari, Warrant Officer 2 (U) Mohammad Alme bin Haji Md Daud, Staff Sergeant (U) Farziah Hartikah binti Haji Haziz, and the PR team responsible for documentation and media coverage.
This initiative reflects the RBAirF’s steadfast commitment to developing capable enlisted leaders and upholding the values of teamwork and professionalism across the organisation.





FORUM PEGAWAI WARAN TUDB 2026
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 30 April 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menganjurkan Forum Pegawai Waran 2026 bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Forum tersebut telah menghimpunkan para Pegawai Waran bagi memperkasakan pembangunan profesional serta mengukuhkan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pegawai Waran 1 (U) Pengiran Haji Redzaini bin Pengiran Haji Ahmad, Sarjan Mejar TUDB.
Bertemakan “Experience, Leadership, Excellence,” forum tersebut memaparkan sesi panel bersama Sarjan Mejar TUDB serta Sarjan Mejar Rejimen daripada Kumpulan Gerakan, Kumpulan Bantu, dan Kumpulan Latihan. Perbincangan memfokuskan kepada aspek kepimpinan dan kecemerlangan profesional, dengan penglibatan aktif daripada para hadirin melalui perkongsian pandangan secara terbuka.
Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian Sijil Penghargaan kepada moderator-moderator dan kakitangan Perhubungan Awam bagi forum-forum TUDB. Penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan di atas dedikasi dan sumbangan mereka dalam memastikan perancangan, penyelarasan, dan pelaksanaan forum-forum berkenaan berjalan dengan jayanya.
Antara penerima-penerima sijil ialah Pegawai Waran 1 (U) Mohd Eddie Noorislam bin Bahari, Pegawai Waran 2 (U) Mohammad Alme bin Haji Md Daud, Staf Sarjan (U) Farziah Hartikah binti Haji Haziz, serta pasukan Perhubungan Awam yang menyokong pendokumentasian dan liputan media.
Acara ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam melahirkan pemimpin peringkat Pegawai Waran yang berwibawa serta menitikberatkan kecemerlangan, kerjasama berpasukan, dan profesionalisme dalam organisasi.



