​​BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 15 March 2024
– Royal Brunei Air Force (RBAirF) joined the Ministry of Defence for the reading of Surah Yassin and Tahlil at the Royal Mausoleum in Bandar Seri Begawan.

The event was held especially for the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.

Present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.

Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence and senior leaderships, including Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF.

The ceremony commenced with the reading of Surah Yassin and
Tahlil and followed by the
Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.

In conjunction with the holy month of Ramadhan, this annual ceremony is a component of the ‘Ihya and Ramadhan Outreach Programme’ organised by the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), Ministry of Defence. Its aim is to enhance the significance of the blessed month of Ramadhan Al-Mubarak, fostering the pursuit of multiplied rewards through righteous actions.


TUDB TURUT SERTA KEMENTERIAN PERTAHANAN DALAM MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA


BANDAR SERI BEGAWAN, Juma’at, 15 Mac 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUBD) telah turut serta bersama Kementerian Pertahanan bagi Majlis Bacaan Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.

Majlis tersebut adalah khusus bagi paduka-paduka ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.

Hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Juga hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata DIraja Brunei (ABDB) dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan peringkat kepimpinan, termasuk Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai  dan diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Acara tahunan ini merupakan sebahagian daripada ‘Program Ihya dan Jangkauan Ramadhan’ yang dikendalikan oleh Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Kementerian Pertahanan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak selain mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda dengan amalan berkebajikan.