RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 13 November 2024 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander Royal Brunei Air Force (RBAirF), delivered a Leadership Talk to nine (09) RBAirF Officer Cadets as part of their Special-To-Service Term Programme.

The Commander RBAirF began by discussing the essential qualities expected of an officer, highlighting the values of integrity, accountability, and commitment, and emphasising that officers are not only leaders but also role models. Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif introduced the “COURSE” framework—Completed, Objectives, Understanding, Standard, and Execution—as key elements in the journey towards becoming respected leaders within the Air Force.

The Officer Cadets  were encouraged to focus on continuous improvement, stressing that leaders should be lifelong learners, always seeking to develop skills to meet new challenges. The Commander RBAirF also advised Officer Cadets to uphold the RBAirF’s values, remain open to growth, and focus on positive leadership behaviours. He reminded them to avoid actions that could harm teamwork, integrity, or accountability, emphasising that true leaders act with respect, humility, and resilience.

SESI KEPIMPINAN PEMERINTAH TUDB BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KADET TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 13 November 2024 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Sesi Kepimpinan bersama 09 Pegawai-pegawai Kadet TUDB, iaitu sebahagian daripada program bagi
Special-To-Service Term.

Pemerintah TUDB memulakan sesi dengan membincangkan kualiti asas yang perlu ada pada seorang pegawai, dengan menekankan nilai integriti, akauntabiliti, dan komitmen serta menggariskan bahawa pegawai bukan sahaja pemimpin tetapi juga teladan. Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif turut memperkenalkan rangka kerja “COURSE”—Completed (Selesai), Objectives (Objektif), Understanding (Pemahaman), Standard (Piawaian), dan Execution (Pelaksanaan)—sebagai elemen-elemen penting dalam perjalanan untuk menjadi pemimpin yang dihormati dalam TUDB.

Pegawai-pegawai Kadet digalakkan untuk memberikan tumpuan terhadap peningkatan berterusan, dengan menekankan bahawa pemimpin perlu menjadi pelajar sepanjang hayat yang sentiasa berusaha untuk mengembangkan kemahiran bagi menghadapi cabaran baharu. Pemerintah TUDB turut menasihati Pegawai-pegawai Kadet supaya mengekalkan nilai-nilai TUDB, bersikap terbuka terhadap 

perkembangan, dan memberi tumpuan kepada tingkah laku kepimpinan yang positif. Beliau mengingatkan mereka untuk mengelakkan tindakan yang boleh merosakkan kerjasama, integriti, atau akauntabiliti, dengan menekankan bahawa pemimpin sejati bertindak dengan hormat, rendah hati, dan ketahanan.