CAMDEN, AUSTRALIA, Wednesday, 8 July 2026 – Lieutenant (Udara) Muhammad Hariz bin Haji Ahat, a student pilot from 73 Squadron, No. 7 Wing, Training Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), has successfully completed the 12-week Multi-Engine Fixed-Wing Flight Training (MEFWFT) course. The training was conducted at Air Combat Australia (ACA) from 7 April 2026 to 8 July 2026.

The MEFWFT is an advanced flying programme designed to equip student pilots with the knowledge, skills, and competencies required for multi-engine fixed-wing aircraft operations. Delivered through a combination of comprehensive ground instruction and practical flight training, the course covers aircraft systems, emergency procedures, asymmetric (single-engine) operations, and other essential flying competencies to ensure safe, effective, and professional multi-engine operations.

The successful completion of this course marks an important milestone in the officer’s professional development, underscoring the RBAirF’s continued commitment to investing in highly competent and professional aircrew. This training contributes directly to strengthening the RBAirF’s human capital and operational readiness in safeguarding the sovereignty and security of Brunei Darussalam.

The RBAirF congratulates Lieutenant (Udara) Muhammad Hariz on his achievement and wishes him continued success in his future flying career and service.

PEGAWAI TUDB MENAMATKAN LATIHAN PENERBANGAN MULTI -ENGINE FIXED WING DI AUSTRALIA

CAMDEN, AUSTRALIA, Rabu, 8 Julai 2026 – Leftenan (Udara) Muhammad Hariz bin Haji Ahat, seorang pelatih juruterbang dari Skuadron 73, Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah berjaya menamatkan kursus Latihan Penerbangan Multi-Engine Fixed-Wing Flight Training (MEFWFT) selama 12 minggu. Latihan tersebut telah dikendalikan di Air Combat Australia (ACA) bermula dari 7 April 2026 hingga 8 Julai 2026.

MEFWFT merupakan sebuah program penerbangan lanjutan yang direka khas untuk melengkapkan pelatih juruterbang dengan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan yang diperlukan bagi operasi pesawat multi-engine fixed-wing. Disampaikan melalui gabungan pendekatan teori yang komprehensif dan latihan penerbangan praktikal, kursus ini merangkumi sistem pesawat, prosedur kecemasan, operasi asimetri (kegagalan satu enjin), serta kecekapan penerbangan penting yang lain bagi memastikan operasi pelbagai enjin yang selamat, efektif, dan profesional.

Kejayaan menamatkan kursus ini menandakan satu mercu tanda penting dalam perkembangan profesional pegawai tersebut, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan TUDB dalam melabur demi melahirkan anak kapal yang berwibawa tinggi dan profesional. Latihan seumpama ini menyumbang secara langsung kepada pengukuhan modal insan dan kesiapsiagaan operasi TUDB dalam mendukung misinya bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Negara Brunei Darussalam.

Pihak TUDB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Leftenan (Udara) Muhammad Hariz di atas pencapaian beliau dan mendoakan agar beliau terus beroleh kejayaan dalam kerjaya penerbangan dan perkhidmatan beliau pada masa hadapan.