REPUBLIC OF SINGAPORE, Thursday, 02 November 2023 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) proudly announces that Major (U) Abdul Hamiz bin Osman has successfully completed the 54th Command and Staff Course (CSC) at the Goh Keng Swee Command and Staff College (GKSCSC) in Singapore, exemplifying the strong defence ties between Brunei Darussalam and Singapore.
The rigorous CSC, conducted from 16 January to 03 November 2023, is recognized as the apex of military training offered by the Singapore Armed Forces (SAF). It is tailored to equip officers with advanced knowledge and strategic capabilities for senior leadership roles. Notably, the course cultivates a collaborative environment among its attendees, fostering camaraderie and exchange of ideas among a diverse group of officers.
During the course, Major (U) Abdul Hamiz joined a contingent of 232 officers, comprising members of the SAF, a representative from the Singapore Police Force, and 18 international officers from 11 countries. The graduation ceremony, marked by its ceremonial splendour at The Istana, featured the presence of Dr. Ng Eng Hen, Singapore’s Defence Minister, as the Guest of Honour.
As part of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) delegates, Major (U) Abdul Hamiz has shown commendable dedication and resilience, successfully navigating through the CSC’s challenging academic and professional demands. His successful completion of the course is a testament to the RBAirF’s commitment to excellence in its training programs and the professional development of its officers.
The RBAirF extends its heartfelt congratulations to Major (U) Abdul Hamiz on his successful course completion. The skills and insights he has gained are invaluable and will significantly contribute to his future roles and responsibilities in the RBAirF.
PEGAWAI TUDB MENAMATKAN KURSUS MAKTAB TURUS UDARA KE-54 DI REPUBLIK SINGAPURA
REPUBLIK SINGAPURA, Khamis, 02 November 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan bangganya mengumumkan bahawa Mejar (U) Abdul Hamiz bin Osman telah berjaya menamatkan Kursus Command and Staff (CSC) ke-54 yang diadakan di Goh Keng Swee Command and Staff College (GKSCSC), Singapura. Ini merupakan lambang hubungan pertahanan yang erat antara Brunei Darussalam dan Singapura.
Kursus yang mencabar ini dijalankan bermula dari 16 Januari hingga 3 November 2023 dan diakui sebagai kemuncak latihan ketenteraan yang ditawarkan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Kursus ini direka khusus untuk memperlengkap pegawai dengan pengetahuan lanjutan dan keupayaan strategik untuk peranan kepimpinan kanan. Secara khusus, kursus ini menggalakkan suasana kolaboratif di kalangan pesertanya, memupuk semangat kesepaduan dan pertukaran idea antara sekumpulan pegawai yang beragam.
Di dalam kursus ini, Mejar (U) Abdul Hamiz telah menyertai sebuah kontinjen seramai 232 pegawai, terdiri dari pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), seorang wakil dari Pasukan Polis Singapura (SPF), serta 18 pegawai antarabangsa dari 11 buah negara. Upacara graduasi yang berlangsung dengan penuh gemilang di Istana, turut disertai oleh Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura, sebagai Tetamu Kehormat.
Sebagai salah seorang wakil Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar (U) Abdul Hamiz telah menunjukkan dedikasi dan daya tahan yang tinggi, berhasil melalui tuntutan akademik dan profesional kursus yang mencabar ini. Keberhasilan beliau menamatkan kursus ini adalah bukti komitmen TUDB terhadap kecemerlangan dalam program latihan mereka dan pembangunan profesional pegawai mereka.
TUDB mengucapkan tahniah kepada Mejar (U) Abdul Hamiz atas kejayaannya menamatkan kursus tersebut. Kemahiran dan pengetahuan mendalam yang telah diperoleh adalah sangat bernilai dan sudah tentu akan memberikan sumbangan signifikan kepada peranan serta tanggungjawab beliau di dalam TUDB di masa hadapan.