KIULAP, Saturday, 15 April 2023 – RBAirF Officers held a
Sahur event in conjunction with the holy month of Ramadhan at a restaurant in Kiulap.
Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF and spouse, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim. Also present were RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers and spouses.
The Sahur event commenced with a group photo session and followed by the recitation of doa led by Lieutenant (U) Muhammad Nazwan Shah bin Zakaria. To conclude the event, the RBAirF commander delivered a short speech in which the commander emphasized the tradition of this event shall continue in the years to come. The event aimed to foster closer and stronger relations amongst the RBAirF officers and spouses in this Holy Month of Ramadhan.




ACARA SAHUR TAHUNAN PEGAWAI-PEGAWAI TUDB
KIULAP, Sabtu, 15 April 2023 – Pegawai-pegawai TUDB telah mengadakan Acara Sahur sempena bulan Ramadhan yang mulia ini di salah sebuah restoran di Kiulap.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, dan isteri, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai TUDB serta pasangan mereka.
Acara tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Leftenan (U) Muhammad Nazwan Shah bin Zakaria. Bagi menutup acara, Pemerintah TUDB menyampaikan ucapan ringkas yang mana beliau berharap tradisi acara ini akan diteruskan di masa akan datang. Acara yang diadakan di bulan Ramadhan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan Pegawai-pegawai TUDB serta pasangan-pasangan di bulan yang mulia ini.




