Universiti Brunei Darussalam, Saturday, 29 January 2022 – His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al- Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and Pro-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD) consented to grace the afternoon session of the 33rd Convocation Ceremony of UBD and presented the certificates to the graduates today at the Chancellor Hall, UBD.
Among the recipients were 4 RBAirF officers with 1 Officer awarded with the Master’s Degree in Defence and Security Studies and 3 Officers with Diplomas in Defence and Security Studies. The graduates completed their respective Command and Staff Course (CSC) prior to the Convocation.
The aim of CSC is to broaden the professional and academic knowledge, develop command, analytical and communication skills of mid-level officers to prepare them for higher command and staff appointments.

PEGAWAI TUDB MENAMATKAN PENGAJIAN DI MAJLIS KONVOKESYEN KE 33 UBD
Universiti Brunei Darussalam, Sabtu, 29 Januari 2022 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-33 UBD dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan sijil kepada para graduan pada petang hari ini bertempat di Dewan Canselor, UBD.
Di antara graduan yang menerima sijil tersebut ialah 4 Pegawai Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan pengurniaan Ijazah Sarjana dalam Pertahanan dan Keselamatan kepada 1 Pegawai Kanan TUDB, manakala 3 Pegawai TUDB yang lain dikurniakan Diploma Lepasan Ijazah dalam Pertahanan dan Keselamatan. Kesemua graduan telah berjaya menamatkan Kursus Maktab Turus masing – masing sebelum majlis konvokesyen ini.
Kursus ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik, mempertingkatkan kemahiran arahan, analisis dan komunikasi Pegawai-pegawai peringkat pertengahan bagi mempersiapkan mereka untuk menjawat jawatan-jawatan perintah dan staf yang lebih tinggi.