Berakas Garrison, Friday, 26 February 2021 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held an Officers’ Mess Dinner Night at the Officer’ Mess, Berakas Garrison. Present as the Guest of Honor was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF and spouse Datin Noraidah binti Haji Ibrahim.
The dinner commenced with group photo session for Senior Officers and spouses followed by reception. The Commander of RBAirF had the opportunity to deliver his speech and continued with farewell speech by Lieutenant Colonel Rob Joly. During the event, The Commander and spouse also present mementos to Lieutenant Rob Joly and spouse. The dinner conclude with the signing of parchment.


MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT TUDB
Berakas Garison, Jumaat, 26 Februari 2021 – Tentera Udara Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat bagi Pegawai-Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di Mes Pegawai, Berakas Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB dan Isteri, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim.
Majlis ini diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai yang baru tamat dari Pengambilan Ke-19 dan pegawai-pegawai yang baru berkahwin. Majlis ini turut diadakan sebagai majlis perpisahan bagi Leftenan Kolonel Rob Joly, Ketua Keselamatan Penerbangan TUDB bersama isteri beliau, Ellen Joly. Di sepanjang perkhidmatan beliau selaku Ketua Keselamatan Penerbangan TUDB pada tahun 2018, beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam membantu memperkembangkan dan memperbaiki keselamatan penerbangan di TUDB. Beliau turut memastikan polisi keselamatan penerbangan sentiasa diterapkan dalam semua tugasan penerbangan. Selain itu, beliau sentiasa memastikan semua laporan yang berkaitan dengan keselamatan penerbangan mendapat tindak balas yang betul dan perhatian serta memastikan langkah-langkah keselamatan diambil agar tidak ada kejadian yang sama berlaku dimasa akan datang.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama Pegawai-pegawai Kanan dan diikuti dengan resepsi. Semasa majlis tersebut, Pemerintah TUDB menyampaikan ucapan beliau dan diikuti dengan ucapan perpisahan daripada Leftenan Kolonel Rob Joly. Pemerintah TUDB serta isteri turut menyampaikan cenderahati kepada Leftenan Kolonel Rob Joly dan isteri. Majlis diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.

