KAMPONG TANAH JAMBU, Friday, 06 January 2023
– Royal Brunei Air Force (RBAirF) began the year 2023 with a Muzakarah session with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF today at the Auditorium, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Defence Academy, Kampong Tanah Jambu.
The Muzakarah session began with the Commander of RBAirF highlighting three reminders for all RBAirF Officers to be grateful for the blessing from Allah Subahanahu Wa Taala and the opportunities given by the Government of His Majesty The Sultan and Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, the importance of security and safety and the reflection towards an officer, as well as the discipline and integrity as an officer. The session continued with a question-and-answer session pertaining to development of assets and personnel as well as welfare matters. The session concluded with three highlights from the Commander of RBAirF; the significance of capability development in RBAirF, importance of discipline motivation and professionalism to be instilled in RBAirF personnel for the upcoming RBAF 62nd Anniversary which will be hosted by RBAirF.
The aim of this Muzakarah session was to enable for RBAirF Officers to communicate openly with the Commander of RBAirF and hence strengthen the silaturrahim bond within the RBAirF family and community.


SESI MUZAKARAH PEGAWAI-PEGAWAI TUDB BERSAMA PEMERINTAH TUDB
KAMPONG TANAH JAMBU, Juma’at, 06 Januari 2023 – Bagi membuka tirai tahun 2023, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan sesi Muzakarah bersama Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kampong Tanah Jambu.
Sesi Muzakarah dimulakan dengan Pemerintah TUDB mengetengahkan tiga peringatan kepada Pegawai-pegawai TUDB untuk sentiasa bersyukur kepada Allah Subahanahu Wa Taala dan peluang-peluang yang dikurniakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, mementingkan sekuriti serta keselamatan dan muhasabah diri selaku seorang pegawai, serta sifat disiplin dan integriti sebagai seorang pegawai. Pemerintah TUDB turut menjawab beberapa soalan berkaitan dengan pembangunan aset dan anggota serta hal ehwal kebajikan. Sesi ini diakhiri dengan Pemerintah TUDB mengentengahkan tiga keutamaan bagi tahun 2023 iaitu pembangunan keupayaan, memastikan anggota TUDB untuk sentiasa berdisiplin, bermotivasi dan bersikap profesional bagi persediaan Hari Ulang Tahun ABDB ke-62 yang dihoskan oleh TUDB.
Matlamat sesi Muzakarah ini adalah untuk membolehkan Pegawai-pegawai TUDB berkomunikasi secara terbuka dengan Pemerintah TUDB dan mengeratkan ikatan silaturrahim dalam keluarga dan masyarakat TUDB.
