CLARK AIR BASE, Friday, 18 August 2023 – The Royal Brunei Air Forces (RBAirF) participated in the Pacific Air Force (PACAF) Pacific Airlift Rally 23 (PAR 23) Tabletop Exercise (TTX) from 14 August until 18 August 2023 held in Clark Air Base, Philippines. Representing the RBAirF was Major (U) Mohamad Azmi bin Haji Afflon, Assistant Chief of Staff Operation and Planning, RBAirF Headquarters and Captain (U) Ak Nizamuddin bin Pg Haji Malik Sharun, Squadron Commander Domestic Supply Squadron, No. 4 Wing, Support Group, RBAirF.
The TTX was co-hosted by the Philippines Air Force (PAF) and Pacific Air Force (PACAF) from the United States Indo Pacific Command (INDOPACOM). It was attended by personnel from 14 different countries. The opening ceremony of this exercise was officiated by Major General Joannis Leonardo B Dimaano, The Commander of Air Mobility Command, Philippine Air Force. In his inauguration speech, he emphasized cooperation, unity, and the sharing of expertise from various countries to ensure more efficient regional security. The tabletop exercise (TTX) revolved around a simulated scenario of a natural disaster caused by Typhoon Bagyo, leading to significant impacts in the Philippines.
The objective of PAR 23 is to assist countries in developing plans and making preparations for potential disasters within their own borders or in nations. Additionally, the event provides a platform for participants to exchange perspectives and insights related to humanitarian aid and disaster relief operations.

PEGAWAI TUDB MENGHADIRI
TABLETOP EXERCISE
PACIFIC AIRLIFT RALLY
2023
PANGKALAN UDARA CLARK, Juma’at, 18 Ogos 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengambil bahagian dalam Eksesais
Pacific Airlift Rally 23 (PAR 23)
Tabletop Eksesais (TTX) bermula dari 14 Ogos hingga 18 Ogos 2023 yang diadakan di Clark Air Base, Filipina. Mewakili TUDB ialah Mejar (U) Mohamad Azmi bin Haji Afflon, Penolong Ketua Staff Operasi dan Perancangan, Markas TUDB dan Kapten (U) Ak Nizamuddin bin Pengiran Haji Malik Sharun, Pegawai Memerintah Skuadron Bekal Domestik, Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, TUDB.
TTX ini dihoskan bersama oleh Tentera Udara Filipina (PAF) dan Tentera Udara Pasifik (PACAF) daripada United States Indo Pacific Command (INDOPACOM). Ianya dihadiri oleh anggota-anggota dari 14 negara berbeza. Upacara pembukaan latihan ini telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Joannis Leonardo B Dimaano,
The Commander of Air Mobility Command, Tentera Udara Filipina. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau menekankan kerjasama, perpaduan, dan perkongsian kepakaran dari pelbagai negara untuk memastikan keselamatan serantau yang lebih cekap. Fokus utama latihan TTX ini adalah pada simulasi senario bencana alam yang dihasilkan oleh Taufan Bagyo, yang menyebabkan kesan yang memudaratkan di Filipina.
Objektif PAR 23 adalah untuk membantu negara-negara mengembangkan pelan dan membuat persiapan bagi mengatasi bencana yang berpotensi di dalam sempadan atau didalam negara masing-masing. Selain itu, eksesais ini memberi platform untuk peserta bertukar pandangan dan pandangan berkaitan dengan operasi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana alam.
